/

Penggunaan maajun kuat khasiat sakit pinggang mudaratkan kesihatan

PUTRAJAYA, 06 Julai 2013 - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan ubat tradisional Melayu yang tidak berdaftar, 'Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang' yang disyaki mengandungi deksametason.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Datuk Eisah Abdul Rahman berkata hasil ujian yang dilakukan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) mendapati produk itu mengandungi deksametason, sejenis kortikosteroid berfungsi antiradang yang kuat dan biasa digunakan dalam rawatan alergi, dan ia tidak dibenar sebagai ramuan dalam ubat tradisional.

 

Beliau berkata penggunaan deksametason secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma.

 

"Pesakit juga boleh mengalami sindrom Cushing yang dicirikan dengan muka membulat dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. Kesan advers yang lain termasuk lemah otot dan kesan advers kulit yang serius iaitu sindrom Stevens-Johnson.

 

"Label pada produk itu menyatakan bahawa ia berkhasiat untuk sakit lutut, sakit urat, letih, sakit bahu, bengkak ringan, sakit pinggang dan lenguh-lenguh seluruh badan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Eisah berkata Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, BPFK menerima dua laporan kesan advers membabitkan produk itu.

 

"Label produk juga mengelirukan pengguna dengan menyatakan ia mengandungi ramuan semulajadi sahaja," katanya.

 

Beliau berkata sesiapa yang mempunyai stok produk itu dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya serta-merta.

 

"Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk ini adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

 

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya," katanya.

 

Beliau berkata syarikat yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama, dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

 

Eisah juga menasihatkan orang awam yang sedang menggunakan produk Maajun Kuat Khasiat Sakit Pinggang agar segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada profesional kesihatan.

 

"Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis adalah dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk ini kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius," katanya.

 

Orang awam boleh menghubungi BPFK di talian 03-7841 3200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi berdekatan, atau e-mel kepada phmarmacy1@moh.gov.my bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras pengedaran produk ini di pasaran. - Bernama

Unknown , Sabtu, Julai 06, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog