/

Makkah jadi kota raya pintar: Datuk Bandar

MAKKAH, 23 Julai 2013 - Projek menaik taraf besar-besaran yang dilaksana di kota Makkah oleh kerajaan Arab Saudi sejak akhir musim haji lalu akan menjadikan tanah suci umat Islam itu sebuah bandar raya pintar.

 

Projek yang merangkumi perumahan, pengangkutan serta kemudahan lain termasuk lawatan ke tempat bersejarah itu akan menjamin keselamatan dan keselesaan umat Islam ketika mereka mengerjakan ibadah haji atau umrah.

 

Datuk Bandar Kota Makkah, Dr Osama Al-Bar berkata, dalam usaha menjadikan Makkah sebagai kota raya moden, dua projek mega dilaksana selain projek khas membabitkan pembesaran Masjidil Haram.

Projek pertama membabitkan penyediaan infrastruktur jalan yang bermula sejak 2010 dan dijangka siap pada 2017, manakala satu lagi projek membabitkan pengangkutan awam iaitu tren metro dan bas.

 

"Rangkaian metro ini mengandungi empat laluan. Diharapkan fasa pertama akan bermula pada Jun 2014. Jarak keseluruhan ialah 182 kilometer dengan 88 stesen dan laluan mencapai seluruh Makkah," katanya di pejabatnya, di sini.

 

Menurutnya, dua pertiga daripada laluan metro itu adalah di atas tanah manakala baki yang meliputi kawasan tengah dan berhampiran Masjidil Haram akan dibina bawah tanah.

 

Pembesaran kawasan Masjidil Haram sejak tahun lalu pula membolehkan masjid itu memuatkan 400,000 jemaah solat pada satu-satu masa ketika Ramadan ini.

 

"Kerja pembesaran yang dijadual mengambil masa tiga tahun ini bermula pertengahan November lepas, sejurus selesai musim haji. Apabila projek ini siap, masjid dapat menampung 1.5 juta jemaah solat. Akan tetapi kapasiti itu boleh dimaksimumkan mencecah dua juta orang," katanya.

 

Beliau percaya kapasiti baru itu boleh menampung keperluan bagi tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun.

 

"Terdapat peningkatan kehadiran umat Islam sekarang kerana kedudukan ekonomi orang Islam di kebanyakan negara adalah baik," katanya.

 

Menurutnya, projek itu adalah yang paling komprehensif dalam sejarah pembesaran Masjidil Haram.

 

"Apabila Raja Abdullah ditabal sebagai Raja Arab Saudi pada Ogos 2005, projek pertama yang baginda laksana ialah pembesaran kawasan Mas'aa (kawasan untuk ibadah Saie). Projek itu siap dua tahun lepas dan meningkatkan kapasiti jemaah daripada 28,000 sejam kepada 130,000 orang," katanya.

 

Menurutnya, kini wujud keperluan baru untuk meningkatkan kapasiti Mataf iaitu kawasan tawaf.

 

"Projek ini baru sahaja bermula. Apabila siap kelak akan dapat menampung sekitar 48,000 hingga 130,000 jemaah setiap jam," katanya.

 

Selain itu, katanya, projek kereta api laju antara Madinah dan Makkah yang dijadual siap dalam masa dua tahun, akan memendekkan tempoh perjalanan antara kedua-dua bandar suci itu kepada dua jam, berbanding lima jam jika menggunakan pengangkutan jalan.

 

"Kami juga ada rangkaian Internet yang berkeupayaan tinggi," katanya menambah projek menaik taraf kota suci itu adalah pelaburan masa depan untuk semua umat Islam bukan hanya untuk rakyat Arab Saudi.

 

"Rakyat Saudi hanya sebahagian kecil," katanya. - Bernama

Harjan Milosevic , Selasa, Julai 23, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog