2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 11:52 AM

11Khamis,Julai

Islam dalam konteks rahmah alamiah

K

onsep rahmah alamiah adalah bersumberkan al-Quran kerana sifat jadinya sesuatu bangsa adalah berbagai-bagai (maksud Surah al Hujurat : 13) dan menuntut rasa kekenalan yang tinggi atau litaarrafu supaya proses memahami kelainan dan memperkongsi sesuatu yang bermanfaat terjadi.

 

Ia terhubung langsung dengan Islam sebagai sumber sistem kepercayaan dan cara hidup. al-Quran dan as Sunnah menjadi sumber yang mencerahkan manusia tidak saja memahami sesuatu yang nyata dan tampak apalagi sesuatu yang ghaib iaitu Pencipta dan hikmah dari penciptaan yang patut dikaji oleh manusia dengan jiwa tadabbur yang tinggi.

 

Ukuran yang terbaik bagi manusia ialah membangun jiwa muttaqeen. Jiwa muttaqeen amat penting bagi manusia supaya kualiti ihsan terbangun. Rasulullah SAW menyatakan dengan jelas dalam hadisnya “Dalam melakukan amal, meski kita tidak melihat ALLAH tetapi yakin ALLAH melihat kita”.

 

Kekuatan Rabbaniah ini bila dimiliki oleh manusia menyebabkan terhubungnya segala niat dan amal dengan Rabb.

 

Peribadi-peribadi yang memiliki kualiti ihsan yang tinggi ini akan sentiasa mempunyai tautan tinggi dengan ALLAH dalam percakapan, perbuatan dan amalan. Apabila manusia menjadi muhsin, pekertinya adalah contoh, peribadinya adalah ikutan dan amalnya adalah soleh.

 

Bayangkan peribadi muhsin yang dimiliki oleh seorang pemimpin, ulama dan ahli ilmu, golongan profesional dan teknokrat yang sentiasa memiliki keabdian tinggi kepada ALLAH, menterjemahkan daya kepimpinan contoh, keulamakan yang memiliki sifat kasih sayang dan belas kasihan tinggi.

 

Para ilmuwan yang ada keberanian menyatakan yang benar itu benar dan salah itu salah, kelompok profesional yang memiliki amanah keterampilan dan takhassus yang tinggi dan golongan teknokrat yang sentiasa diiringi dengan taklif atau tanggungjawab tinggi untuk membangunkan sistem yang mensejahterakan umat manusia.

 

Bila peribadi-peribadi seperti ini terbangun dengan sendirinya hasil kepimpinan dan binaan kepengikutan, binaan ilmu dan daya profesionalisme dan taklif teknokrat tidak saja memberi manfaat dan rahmah yang sifatnya Islami tetapi ia boleh memberi kebaikan kepada orang lain.

 

Seorang pemimpin yang jujur dan ikhlas dan melaksanakan amanahnya dengan baik dan seimbang tidak saja kebaikan itu akan terhubung dengan umat Islam tetapi juga terhadap orang lain. Rahmah alamiah yang dirasakan oleh orang lain menyebabkan Islam itu dilihat sebagai agama merentasi budaya dan tamadun.

Seorang ulama dan ilmuwan yang melakukan binaan ilmu kepada sasarannya sentiasa mengemukakan ilmu yang benar dan ilmu bermanfaat, ilmu berbanding yang memberi guna hasil dari sari pati tamadun dan budaya yang baik tidak saja hebat dengan Ilmu-ilmu yang mendukung nilai-nilai paling utama (supreme values) yang bertunjangkan aqidah tauhid dalam ilmu, pendidikan dan kehidupan tetapi memahami keperluan nilai-nilai interaktif yang disaring dari budaya dan tamadun orang lain.

 

Sekiranya ini dapat difahami dan diterjemahkan dalam percakapan, pemikiran dan amalan ia bakal menghasilkan orang-orang Islam tauhidik jalur berfikir dan ilmunya dan dalam masa sama memiliki kualiti interaktif untuk berhubung dengan orang lain.

 

Konsep alamiah yang pada hari ini dilontarkan oleh orang-orang Barat sebagai faham global atau sejagat harus diberi roh dan kekuatan dalaman yang lebih substantial supaya tidak saja teknologi tinggi (high-tech) dibangunkan tetapi disantuni dengan sentuhan keinsanan (high-touch) supaya perimbangan fokus ini menjadikan manusia lebih manusiawi.

 

Inilah maksud pembangunan dalam Islam iaitu pembangunan rijal atau insan seutuhnya. Teknologi dalam tradisi Islam selamanya alat dan bukannya matlamat. Apa yang terkandung dalam teknologi bakal menentukan matlamat sesuatu usaha.

 

Komputer umpamanya adalah alat. Matlamat kegunaan komputer bergantung kepada isi, kandungan, software dan program yang terdapat. Kalau isinya bersifat bebas nilai, sifatnya utilitarian untuk hiburan dan merancakkan saluran hubungan biasa ia amat mekanistik.

 

Tetapi sekiranya perisian, kandungan, software dan program meningkatkan akal budi insan, terhindar dari perkara-perkara laqha dan merosakkan, terarah dengan sistem nilai yang baik dan bermanfaat, komputer sebagai perkakasan dan kandungannya bakal menyumbang kepada manfaat dan kesejahteraan manusia. Komputer tidak saja menjadi alat yang mekanikal tetapi menjadi lebih substantial lagi kerana ia mengambil kira mengenai akal budi manusia yang menjadi asas kepada binaan rahmah alamiah, memberi manfaat kepada sekalian manusia dan alam.

 

 


*Oleh CIKGU SIDEK BABA, Sinar Harian, 13 Jun 2013

Cik NiNe Che Kadir , Khamis, Julai 11, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog