Saudi haram sisha di tempat awam
JEDDAH, 2 Julai 2013 - Pihak berkuasa di Jeddah melarang hisap sisha di tempat awam atas faktor kesihatan hujung tahun lalu.
Larangan itu sebelum ini dilaksana di beberapa bandar di Arab Saudi termasuk di Nejd yang terletak di Riyadh. Aktiviti menghisap sisha turut diharam di beberapa kawasan bandar.
Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Arab Saudi, Dr Abdulhamid al-Habib, larangan itu bagi mengelak remaja daripada terpengaruh dengan aktivi menghisap sisha dan dilakukan atas objektif yang positif.
“Amat mengejutkan selepas jumlah mereka yang menghisap paip dan sisha di negara ini meningkat, malah jumlahnya dua kali ganda setiap tahun. Golongan paling ramai terlibat adalah remaja.
“Kita perlu memantau daripada semua sudut, bukan hanya ketagihan kepada tembakau, malah ia turut melibatkan shisha yang menyebabkan masalah kesihatan,’’’ katanya.
Bagaimanapun larangan itu mendapat tentangan pemilik restoran di Jeddah, malah 35 usahawan hantar bantahan kepada pihak berkuasa tempatan.
Mereka menyifatkan larangan berkenaan telah menyebabkan orang ramai terutama golongan remaja menjauhi restoran mereka.
“Orang muda tidak lagi mahu datang ke kedai kami, malah banyak kedai kopi kosong. Keadaan ini sudah berlarutan sejak tiga hari lalu," kata pemilik Kafe Harmoni, Naief.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah menegaskan amalan menghisap shisha mempunyai risiko yang tinggi sama seperti menghisap rokok atau menggunakan produk tembakau yang lain.
Sisha sebenarnya mengandungi toksin yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru dan jantung, justeru ia tidak selamat digunakan.
Penghisap sisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.
Johor pertimbang haramkan sisha
SENAI, 2 Julai 2013 - Kerajaan Negeri Johor mempertimbangkan mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha yang dilihat mendatangkan kesan lebih mudarat berbanding rokok.
Exco Agama Negeri Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, perbincangan Majlis Fatwa akan diadakan setelah Kementerian Kesihatan mengesahkan penggunaan sisha membawa kemudaratan.
“Pada pandangan saya, tindakan Kerajaan Perlis adalah langkah yang baik kerana sisha boleh mendorong pembaziran kepada pengguna.
“Pengharaman sisha di Johor bergantung kepada keputusan Majlis Fatwa, namun setakat ini kita mahu tunggu laporan Kementerian Kesihatan sebab kita belum jelas tentang kandungan sisha dan kesannya kepada kesihatan,” katanya.
Abd Mutalip berkata, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan segera jika laporan dari jabatan berkaitan membuktikan sisha membawa kemudaratan kepada pengguna khususnya umat Islam.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Ali Muhamad Don menyarankan kerajaan mengawal kemasukan sisha ke negeri ini sekali gus mengisytiharkannya sebagai barangan larangan bagi astikan penggunaan sisha di Johor berjaya dibendung.
“Amalan penggunaan sisha dalam masyarakat masih belum meluas dan perkara ini dapat dibendung secara menyeluruh jika tindakan awal diambil,” katanya.
Mohd Ali berkata, secara umumnya penggunaan sisha didapati mendatangkan kesan mudarat sama seperti rokok dan turut menyalahi kehendak syariat Islam terutamanya dari segi pembaziran.
Katanya, amalan menghisap dan menjual shisha tidak mendatangkan manfaat secara umum dan Kerajaan Negeri wajar pertimbang tindakan mengharamkan penggunaannya.
Perak, Kelantan tunggu kajian Jakim
Menghisap sisha diharamkan Jawatankuasa Fatwa Perlis kerana dipercayai mendatangkan kemudaratan.
SUNGAI SIPUT, 2 Julai 2013 - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Kelantan menunggu hasil kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dahulu sebelum mengeluarkan fatwa berkenaan hukum menghisap sisha.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat mengeluarkan fatwa berhubung isu berkenaan kerana perlu menunggu hasil perbincangan antara Jakim dengan Liga Arab.
“Di negara Arab pun ramai yang hisap sisha. Jadi, kita perlu menunggu kajian dari Jakim terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.
“Bila sudah dapat laporan lengkap dari kajian tersebut, baru kita boleh cerita dengan lebih lanjut,” katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, semalam.
Sementara itu Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri berkata, pihaknya hanya akan membuat keputusan selepas Muzakarah Fatwa Kebangsaan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Katanya, memandangkan ia isu nasional, keputusan perlu mendapat persetujuan secara menyeluruh melalui kajian dan mempunyai penjelasan yang tidak boleh dipertikaikan pihak lain.
Menurutnya, Majlis Fatwa Kelantan sudah membincangkan status sisha sejak tahun lalu dan akan dibincangkan sekali lagi tahun ini di mana pihaknya kini sedang memperhalusi alasan-alasan.
“Secara persendirian, kita sedang memperhalusi dalil-dalil mengharamkan sisha bukan hanya melihat pada aspek kesihatan, mudarat kepada tubuh badan, tetapi juga sejauh mana bahaya kepada masyaraka," katanya.
Menurutnya, Majlis Fatwa Kelantan juga mendapatkan pandangan daripada tokoh agama dan ulama dari negara Arab terutamanya Mesir.
“Untuk buat keputusan tak mudah, tertunda sejak tahun lalu lagi.
"Saya jangka keputusan menyeluruh berkenaan sisha pasti akan dapat keputusan selewat-lewatnya hujung tahun ini," katanya.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "