2+4 hrs...Twogether Fourever

Rabu : 16 April 2025   
@ 18 Syawal 1446H / 8:58 PM

2Selasa,Julai

Gagal rancang kewangan punca berhutang

KUALA LUMPUR, 2 Julai 2013 - Perancangan kewangan yang lemah dan tabiat berbelanja yang tidak mengikut kemampuan diri merupakan faktor utama penyebab masalah hutang serta ketidakupayaan membayar balik pinjaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Koid Swee Lian.

  

Beliau berkata daripada 90,807 peminjam yang dibantu melalui Program Pengurusan Kredit (DMP) AKPK bagi tempoh 2007 hingga 31 Mei lalu, 20,886 atau 23 peratus merupakan golongan yang memiliki perancangan kewangan lemah.

  

Katanya 18,161 atau 20 peratus lagi berhutang disebabkan perbelanjaan perubatan yang tinggi; lain-lain (17,253/19 peratus); masalah atau kegagalan perniagaan (13,621/15 peratus); gagal mengawal penggunaan kad kredit (9,989/11 peratus); kehilangan pekerjaan (9,081/10 peratus); manakala kematian atau hilang punca pencari nafkah dan kegagalan dalam pelaburan masing-masing (908/satu peratus).

  

"Sepanjang tempoh yang sama iaitu dari 2007 hingga 31 Mei 2013, seramai 222,942 peminjam datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, tapi daripada jumlah itu hanya 90,807 yang menyertai DMP kami," katanya kepada Bernama.

  

Swee Lian berkata sehingga 31 Mei lepas, 3,591 peminjam berjaya keluar daripada DMP dengan jumlah hutang diselesaikan RM130.05 juta.

Menurut Swee Lian, peminjam individu boleh mendapatkan bantuan AKPK untuk menstruktur pelbagai jenis pinjaman termasuk pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, atau baki tertunggak kad kredit yang diperoleh daripada penyedia kewangan.

Bagaimanapun, untuk menyertai DMP yang disediakan AKPK, seseorang peminjam antara lain mestilah tidak berhutang melebihi RM2 juta; tidak diisytihar muflis; tidak mempunyai surat saman atau mahkamah dan memiliki pendapatan boleh guna mencukupi.

  

"Apapun AKPK tetap akan bantu tapi lebih kepada nasihat... misalnya jika peminjam ada lebih daripada sebuah kereta kita mungkin nasihatkan mereka supaya jual sebuah," katanya.

  

Katanya tujuan utama AKPK menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan kewangan yang direka khas ialah untuk membantu setiap individu belajar mengawal semula keadaan kewangan dan memupuk tabit penggunaan kredit secara bijak.

   

"Melalui kesedaran dan pendidikan tentang cara menguruskan hutang secara berkesan, AKPK berharap ia dapat mengurangkan isu-isu berkaitan kewangan yang dihadapi oleh sektor isi rumah Malaysia," katanya.

  

Swee Lian berkata individu yang mempunyai masalah hutang atau kesukaran menyelesaikan pinjaman tidak seharusnya malu untuk datang ke AKPK kerana ia lebih baik daripada diistiharkan muflis atau harta benda dirampas.

  

Selain itu semua perkhidmatan yang ditawarkan AKPK adalah percuma.  - Bernama

Unknown , Selasa, Julai 02, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog