Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 1:10 PM

2Selasa,Julai

652 laman 'phishing' disekat sejak Januari

CYBERJAYA, 01 Julai 2013 - Sebanyak 652 laman sesawang 'phishing' disekat dari Januari hingga Mei tahun ini berbanding 835 bagi tempoh sama tahun lepas, yang menyaksikan pengurangan sebanyak 22 peratus.

 

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata penurunan jenayah itu membuktikan tindakan penguatkuasaan semakin berkesan.

 

"Pusat keselamatan Rangkaian SKMM (SNSC), Jabatan yang bertanggungjawab menangani masalah phishing, berfungsi 24 jam sehari dan mengambil masa tidak lebih dari empat jam untuk menurunkan sesebuah laman phishing yang dikesan," katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, SAC Wong Wai Leong serta Pengarah Jabatan Komunikasi Strategik Bank Negara Malaysia, Shariffuddin Khalid.

Phishing adalah satu bentuk penipuan dalam talian yang berniat mencuri maklumat atau identiti seseorang menerusi e-mel, dan maklumat peribadi yang diperoleh digunakan untuk masuk ke dalam akaun bank mangsa atau perkara lain.  

 

Mohamed Sharil berkata penurunan jenayah itu juga hasil kerjasama serta penguatkuasaan antara Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia.

 

Beliau berkata daripada 652 laman yang disekat, 117 melibatkan laman sesawang lucah, kesalahan syariah (lima), menggunakan Internet atau telefon untuk menyebar berita palsu yang tertakluk di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (dua), perubatan iaitu penjualan serta periklanan dan laman syarikat masing-masing satu.

 

"Daripada bilangan itu, jumlah kes sebanyak 39 membabitkan kerugian RM178,700 manakala pada 2012, sebanyak 332 kes dengan kerugian RM1,959,932 berbanding tahun 2011 iaitu 872 kes melibatkan kerugian RM3,294,740," katanya sambil menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya.

 

Mohamed Sharil berkata mereka boleh melayari laman sesawang SKMM untuk mengetahui dengan lebih jelas berkaitan jenayah itu. Sementara itu, Wong berkata phishing hanya membabitkan lapan peratus daripada jenayah siber di Malaysia.

 

"Kebiasaannya, mangsa yang membuat laporan terdiri daripada mereka yang mengalami kerugian, ada juga yang tidak melaporkan kerana tidak melibatkan kerugian seperti akaun Facebook diceroboh," katanya. - Bernama

Unknown , Selasa, Julai 02, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog