T |
erdapat pelbagai jenis susu di pasaran sekarang ini. Ada susu segar penuh krim, ada susu segar rendah lemak, ada juga susu tanpa lemak ataupun kita panggil susu skim ( skimmed milk ). Nak tahu apa beza susu ini semua? Kalau susu segar biasa, kandungan lemaknya adalah di dalam anggaran 3.25% daripada kandungan, susu rendah lemak pula separuh daripada kandungan lemak susu biasa manakala susu skim mengandungi kandungan lemak hingga 0.5% atau tiada lemak langsung.
Ada orang kata minum minuman tanpa lemak ini bagus, tapi kalau minum susu tanpa lemak, adakah membawa kebaikan pada diri kita? Berikut adalah antara 5 sebab susu skim kurang baik untuk kesihatan anda
1. Rendah kandungan vitamin A
A |
pabila lemak dikeluarkan dari susu, kepekatan vitamin A mengurang secara drastik. Ini kerana vitamin A adalah larut lemak. Apabila anda tidak mendapat bekalan vitamin A yang diperlukan, ia diambil dari hati dan ini mengurangkan rizab vitamin A dalam badan anda.
2. Kesuburan badan rendah
P |
enggunaan yang tinggi susu rendah lemak atau susu skim menjejaskan ovulasi wanita. Ia adalah penting untuk mempunyai pengambilan lemak tenusu penuh dan vitamin yang diperlukan daripada susu semasa mengandung atau jika anda merancang untuk hamil. Susu tanpa lemak atau susu rendah lemak tidak menyediakan lemak yang cukup, kalsium dan vitamin yang wanita perlukan terutamanya yang sedang hamil.
3. Menyebabkan keradangan dalam arteri
S |
usu skim mungkin mempunyai semua bahan-bahan yang baik dan manfaat kesihatan yang sama dengan susu biasa. Walau bagaimanapun, pepejal susu tepung menghasilkan nitrat yang boleh menyumbat dan menyebabkan keradangan di dalam arteri anda.
4. Kekurangan vitamin K
S |
usu skim tidak mempunyai nutrien penting seperti Vitamin K. Jika anda ingin mendapatkan kebaikan vitamin K, anda diharuskan mengambil susu skim bersama-sama dengan satu blok kecil mentega atau kiub keju. Anda mengambil susu rendah lemak untuk mengurangkan berat badan tetapi hasilnya adalah asia-sia jika anda kekurangan vitamin K. Dan jika anda ingin mendapat manfaat daripada vitamin K, anda perlu mengambil produk yang tinggi kandungan lemak seperti mentega dan keju.
5. Penyakit jantung
O |
leh kerana lemak tepu yang dikeluarkan dari susu skim dengan cara mengurangkan secara pemanasan pada suhu yang tinggi dan dengan tekanan tinggi, dan ia boleh menjadikan susu itu kurang berkhasiat. Malah, aspek yang paling berkhasiat dalam susu seperti lemak tepu tidak hadir, dan boleh menyebabkan kolesterol tetap berada di dalam arteri, serta boleh meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
Bagi anda yang ingin diet tu, ambillah susu segar kerana susu rendah lemak tidak semestinya membantu anda menguruskan badan atau diet. Anda kena bersenam selalu! :)

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "