2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 3:57 PM

22Sabtu,Jun

Wanita mangsa pasangan: WHO

Penunjuk perasaan memegang sepanduk membantah keganasan terhadap wanita di London Mei lalu.

 

LONDON, 21 Jun 2013 - Kira-kira satu pertiga wanita diserang secara fizikal atau seksual oleh bekas atau pasangan semasa, lapor satu kajian global mengenai isu keganasan terhadap wanita.

 

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Margaret Chan, menggelarnya “satu masalah wabak kesihatan global,” dan pakar lain berkata saringan keganasan rumah tangga perlu ditambah kepada semua tahap penjagaan kesihatan.

 

Antara penemuan itu mendapati 40 peratus wanita yang terkorban di seluruh dunia dibunuh oleh pasangan intim dan diserang pasangan adalah keganasan paling biasa dialami wanita.

 

Penyelidik menggunakan satu definisi meluas keganasan domestik dan dalam kes di mana data negara tidak lengkap, anggaran digunakan untuk mengisi jurang.

 

WHO menjelaskan keganasan fizikal sebagai ditampar, ditolak, ditumbuk, dicekik atau diserang dengan senjata.

 

Keganasan seksual didefinisikan sebagai dipaksa secara fizikal melakukan seks, melakukan hubungan seks dalam ketakutan terhadap apa yang bakal dilakukan pasangan dan patuh melakukan sesuatu yang seksual yang memalukan atau menjatuhkan maruah.

 

Mengeluar peraturan

L

aporan turut meneliti kadar keganasan seksual ke atas wanita oleh seseorang selain pasangan dan mendapati tujuh peratus wanita di seluruh dunia menjadi mangsa sebelum ini.

 

Selaras laporan itu, WHO mengeluarkan peraturan kepada pihak berkuasa supaya mengesan masalah lebih awal dan berkata semua pekerja kesihatan perlu dilatih mengenal pasti wanita apabila mereka mungkin berisiko dan bagaimana memberi maklum balas dengan wajar.

 

Pada peringkat global, kajian WHO mendapati 30 peratus wanita terjejas akibat keganasan rumah tangga atau seksual oleh pasangan masing-masing.

 

Laporan itu juga sebahagian besarnya berasaskan satu kajian dari 1983 hingga 2010. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 600 juta wanita tinggal di negara di mana keganasan domestik tidak dianggap satu jenayah.

 

Kadar keganasan rumah tangga ke atas wanita tertinggi di Afrika, Asia Barat dan Asia Tenggara di mana 37 peratus wanita mengalami keganasan fizikal atau seksual daripada pasangan pada satu ketika dalam kehidupan mereka.

 

Kadar itu 30 peratus di Amerika Latin dan 23 peratus di Amerika Utara. Di Eropah dan Asia, kadarnya 25 peratus.

 

Sesetengah pakar berkata saringan keganasan rumah tangga perlu ditambah kepada semua peringkat penjagaan kesihatan, seperti klinik obstetrik.

 

“Agak mustahil seseorang berjalan ke dalam ER (bilik kecemasan) dan mendedahkan mereka diserang,” kata Sheila Sprague dari Universiti McMaster di Kanada, yang menyelidik keganasan wanita di klinik ortopedik. Beliau tiada kaitan dalam laporan WHO. - AP

 

Unknown , Sabtu, Jun 22, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog