S |
etelah bertahun-tahun berumah tangga, mengaku sahajalah bahawa kita tidak lagi seghairah dulu dalam menghangatkan cinta. Kalau dulu, kita ternanti-nanti peluang untuk bersama.
Namun lama-kelamaan apa yang dulu kita igaukan siang malam seperti sudah tiada tarikan.
Kalau dulu selang dua tiga minit, akan ada SMS kita untuknya. Hingga sanggup pula kita berhenti di tepi jalan untuk buat panggilan hangat kepadanya selepas melalui gerai buah.
"Abang call sayang ni sebab teringat sangat kat sayang masa tengok tembikai susu di gerai buah tadi ..." Begitulah hangatnya cinta yang seperti elektrik beribu-ribu watt pada musim awal bercinta atau berumah tangga.
Kadang kala apa yang kita perlu lakukan bukanlah seberat mana. Hanya SMS yang paling ringkas, kesannya boleh menghidupkan semula kuasa turbo yang sudah sekian lama terpendam. Ia seakan-akan usaha untuk menghidupkan semula jana kuasa yang terjejas hanya kerana satu daripada beribu-ribu kabelnya terputus. Kerja yang kecil tetapi amat besar kesan dan impaknya.
Kelmarin, saya cadangkan kepada rakan-rakan Facebook supaya hantar SMS kepada isteri masing-masing pesanan ini: "Wahai wanita yang tercantik lagi teristimewa, sudikah kiranya luangkan sekejap masamu yang teramat berharga itu untuk bersamaku tengah hari ini?"
Selepas itu, pesan saya, pergilah jemput isteri, bawa dia keluar makan. Tidak perlu lama, sejam sudah memadai sebelum masing-masing menyambung semula urusan kerja.
Saya teringat untuk berkongsi cadangan ini kerana ketika itu, saya kebetulan dalam perjalanan untuk menjemput isteri saya di tempat kerjanya, untuk keluar makan.
Sungguh tidak diduga, apa yang saya anggap perkongsian kecil itu rupa-rupanya mendapat respons agak hangat daripada rakan-rakan, kebanyakannya wanita.
Perkongsian saya disambut seperti seorang isteri yang tiba-tiba dihulur hadiah yang diidam-idam pada hari ulang tahun kelahiran yang dia sangka si suami terlupa.
Walaupun ada juga yang skeptikal termasuk wanita isteri yang bertanya saya, "masih wujud lagikah spesies suami yang seperti ini?", saya yakin mereka amat hargai jika suami mereka sendiri bersikap seperti itu.
Ini dibuktikan daripada komen yang bukan sedikit, "alangkah bahagianya kalau ada suami yang macam ni!" Ini menunjukkan betapa tinggi harapan wanita kepada lelaki yang sanggup berusaha sedikit untuk mengambil hati mereka.
Tetapi nasihat saya, janganlah dibuat setiap hari kerana apa yang dibuat setiap hari mungkin hilang nilai eksklusif atau tarikannya. Apa yang dapat sedikit-sedikit akan lebih dihargai.
Bukanlah saya kata lelaki perlu jarang-jarang ambil hati isteri tetapi gunakanlah idea yang berbeza supaya apa yang anda usahakan, lakukan sentiasa dianggap istimewa.
Tambahan pula ayat yang seakan-akan skrip sandiwara radio itu, isteri zaman sekarang terutama yang lahir pada zaman Bill Gates diiktiraf sebagai manusia terkaya di dunia, saya bimbang mereka akan termuntah jika terima SMS seperti itu setiap hari.
Walauapapun, jika ada rakan lelaki yang mengguna pakai cadangan saya itu kelmarin, saya percaya mereka sudah dapat ganjaran yang diidamkan malam tadi. Pasti isteri mereka yang berasa teruja menerima SMS seperti itu, sebagaimana yang digambarkan dalam komen status FB saya kelmarin.
Ramai isteri yang berpuasa sunat, malah yang berpuasa ganti sekalipun, sanggup batalkan puasa jika diajak suami dengan begitu romantik.
Satu lagi saya nak pesan kepada suami-suami, andai kata usaha anda itu tidak menjadi, katakanlah isteri anda tidak jawab SMS, saya nak kongsi idea baru pula.
Anda hantarlah SMS yang sama kepada wanita lain pula. Yang penting, sasaran anda itu haruslah 'single-mingle'. Jangan berani-berani ceroboh tanah yang sudah ada geran atau berstatus TOL.
Ingatlah papan tanda ini, trespassers will be prosecuted. Kalau degil nak buat juga, ingat yang ini pula, Park at your own risk, jangan babitkan saya!
Jika gayung anda bersambut, hantarlah SMS baru kepada isteri anda: "Coz syg x reply SMS abg td, abg x boleh tggu lagi dah, lapar sgt2. Terpaksalah abg makan sowg2. Cian abg, kan?'.
*Oleh MUHAMAD MAT YAKIM, Sinar Harian, 14 Jun 2013

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "