KUALA LUMPUR - "Sinus adalah rerongga udara anatomi (pada tulang muka) dan setiap orang mempunyai empat rerongga seumpamanya.
"Jadi apabila seseorang itu berkata mereka mengalami masalah sinus, mereka tersilap. Setiap orang mempunyai ‘sinus’ dan rerongga ini adalah sebahagian daripada tubuh manusia.
"Masalah atau penyakit ini sebenarnya dikenali sebagai sinusitis," jelas pakar bedah perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Prince Court Medical Centre, Datuk Dr Kuljit Singh.
Masyarakat Malaysia lazimnya menggunakan perkataan sinus atau sinusitis dengan sesuka hati tanpa mengetahui apa maksud sebenarnya.
"Apabila seseorang mengalami simptom-simptom seperti hidung berair, tersekat dan gatal, terus terlintas dalam fikiran mereka yang mereka mengalami simptom-simptom sinusitis.
"Ini tidaklah benar, dan bagi pakar ENT ini ia lebih kepada simptom yang disebabkan oleh alahan (alergi). Apabila seseorang bersin dan hidungnya berair atau tersekat, kemungkinan besar mereka mengalami rinitis alergi atau alahan," katanya.
Sinusitis Kronik
S |
atu lagi perkataan yang tidak kena maksudnya adalah 'kronik', yang sebenarnya bermaksud satu keadaan yang berpanjangan.
Menurut satu kajian yang dilakukan pada 2009, sebanyak 13 peratus daripada populasi Malaysia atau kira-kira 3.5 juta orang mengalami sinusitis. Sinusitis di peringkat kronik membawa kesan negatif terhadap sesiapa sahaja, yang menjejaskan kualiti kehidupan, produktiviti dan interaksi sosial.
Dalam kes sinusitis, para pesakit kebanyakannya akan menunjukkan simptom-simptom akut seperti sakit kepala selain daripada lelehan kekuningan daripada hidung pada peringkat awal.
"Ada yang akan merasakan terdapat lelehan yang mengalir di tekak selain daripada sakit gigi," kata Dr Kuljit.
Antara simptom lain termasuk deria bau yang terjejas, demam, batuk, dan sakit yang teruk semasa membongkok dan nafas berbau, antara lain, selama lebih kurang 10 hari.
Empat rerongga udara
T |
erdapat rerongga udara ataupun sinus di tulang muka - maksila, frontal, etmoid dan sfenoid.
Dalam kes sinusitis, sinus ini dijangkiti dan apabila ia mengalami keradangan bagi tempoh singkat maka keadaan ini dikenali sebagai sinusitis akut dan jika keadaan ini berpanjangan maka ia dikatakan sinusitis kronik.
"Jika seseorang pesakit mengalami simptom ini sehingga 12 minggu, ia masih sinusitis akut. Jika simptom ini berpanjangan melampaui 12 minggu maka ia dikenali sebagai sinusitis kronik.
"Para pesakit perlu mengetahui peringkat sinusitis masing-masing - akut, sub-akut atau kronik.
"Jika anda mengalami selesema yang teruk, ia juga boleh menjejaskan sinus anda dan ia membawa kepada satu keadaan akut.
"Dalam kes akut para doktor akan cari jalan untuk mengurangkan bengkak pada rerongga sinus menggunakan ubat, dan ini akan membantu memperluaskan liang rerongga itu sekali gus membolehkan lelehan mengalir keluar," kata Dr Kuljit.
Sinusitis akut boleh dirawat dengan ubat sementara sinusitis kronik lazimnya memerlukan prosedur pembedahan.
Analgesia
A |
nalgesia atau ubat tahan sakit lazimnya disyorkan selain daripada penyembur oral atau topikal di hidung. Para doktor juga akan mengesyorkan antihistamin, selain daripada ubat-ubatan lain untuk mengurangkan kahak tegar.
Para doktor juga menggalakkan para pesakit dengan sinusitis akut untuk melakukan ransangan; pada zaman awal pesakit membersihkan hidung menggunakan air garam dengan campuran itu bebas daripada partikel lain.
Menggunakan satu saluran bermuncung tajam yang dimasukan ke dalam hidung, air garam dipancut ke dalam hidung dan ini biasanya bagi kes-kes akut sahaja.
Juga terdapat pencucian salina menggunakan antibiotik. "Jika menggambil ubat antibiotik, ia perlu diambil selama 7-10 hari.
Antibiotik akan ditukar kepada jenis lain jika simptom akut ini masih berterusan melampaui 12 minggu, mencapai peringkat kronik," kata Dr Kuljit dan menambah kata pembedahan adalah pilihan terakhir.
Bagaimanapun, kajian menunjukkan 12 hingga 50 peratus daripada pesakit yang menjalani rawatan dengan ubat-ubatan gagal sembuh.
Jika pesakit masih belum sembuh selepas menjalani rawatan sehingga 12 minggu, maka prosedur alternatif perlu dipertimbangkan termasuk antibiotik baru dan pembedahan. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "