Russia enggan usir Snowden
MOSCOW/HONG KONG, 24 Jun 2013 - Russia semalam tidak mengendahkan tekanan Washington supaya mengusir bekas kontraktor agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) Edward Snowden ke AS sebelum dia meninggalkan Moscow untuk ke sebuah negara ketiga.
Snowden, 29, tiba di Moscow dari Hong Kong kelmarin. Bagaimanapun, laporan dia akan berlepas ke Cuba mencetuskan keraguan apabila saksi tidak melihatnya dalam pesawat itu meskipun kawalan keselamatan di lapangan terbang di Moscow ditingkatkan sebelum kapal terbang berlepas.
Ecuador yang memberi perlindungan kepada pengasas pertubuhan antirahsia Wikileaks, Julian Assange, berkata, ia akan menimbang permohonan Snowden untuk mendapatkan suaka politik.
Tiada penerbangan secara terus dari Moscow ke Quito, ibu negara Ecuador.
“Dia tidak menaiki pesawat ke Havana,” kata satu sumber syarikat penerbangan Russia, Aeroflot.
Ketika spekulasi semakin meningkat mengenai negara yang akan ditujunya - Ecuador, Venezuela atau Havana, Washington dikejutkan dengan langkah Russia menolak permohonannya. Penerbangan Snowden ke Russia, seperti China, mencabar penguasaan diplomasi global Amerika Syarikat dan memberi tamparan kepada Presiden Barack Obama yang berusaha untuk memulihkan hubungan dengan Moscow dan menjalinkan persahabatan dengan Beijing.
Rumah Putih menjangka kerajaan Russia akan menghantar pulang Snowden ke Amerika Syarikat. Tetapi pihak berkuasa Moscow tidak mengendahkan rayuan itu sementara setiausaha akhbar Presiden Vladimir Putin berkata dia tidak tahu mengenai pergerakan Snowden.
Ketika ditanya sama ada Snowden ada berbincang dengan pihak berkuasa Russia, Peskov berkata: “Kami tidak mempunyai maklumat mengenainya.” Beliau enggan mengulas mengenai permintaan Amerika supaya mengusir Snowden. - AFP
Pembocor maklumat AS berlindung di Ecuador
WASHINGTON, 24 Jun 2013 - Pembocor maklumat program pengintipan rahsia Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden menaiki pesawat untuk mencari perlindungan di Ecuador.
Bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) dan juruteknik Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu meninggalkan Hong Kong kelmarin. Dia tiba di lapangan terbang Moscow untuk bermalam sebelum menaiki sebuah pesawat syarikat penerbangan Aeroflot menuju ke Cuba seterusnya Ecuador.
Menteri Luar Ecuador, Ricardo Patino berkata, kerajaannya menerima permohonan suaka daripada Snowden dengan bantuan pertubuhan anti kerahsiaan, WikiLeaks.
"Dia berlindung di negara yang mempunyai hubungan tegang dengan AS," kata wakil rakyat negara kuasa besar itu, Ileana Ros-Lehtinen.
Menurut Ros-Lehtinen, beliau bimbang Snowden akan membocorkan lebih banyak maklumat rahsia AS sebagai pertukaran untuk mendapatkan suaka.
"Perkara ini tidak bagus untuk keselamatan dan kepentingan negara," tambahnya.
Ecuador yang menolak inisiatif kerjasama AS kini membantu pengasas WikiLeaks, Julian Assange mengelak daripada ditahan dengan membenarkannya berlindung di Kedutaan negara itu di London.
Sebelum ini, Snowden berlindung di Hong Kong selama beberapa minggu. Pulau bekas koloni British itu diberikan kuasa autonomi oleh China.
AS pernah mengemukakan permohonan rasmi untuk mengekstradisi Snowden dari Hong Kong tetapi telah ditolak.
Snowden membantu akhbar Guardian dan Washington Post mendedahkan program pengintipan data rakyat AS.
Program tersebut, PRISM bertujuan untuk mengumpulkan sejumlah besar rakaman perbualan telefon dan data dalam talian termasuk e-mel warga AS.
PRISM sah di sisi undang-undang negara tetapi agensi tersebut memerlukan waran mahkamah untuk meneliti kes-kes tertentu yang dipercayai melibatkan keganasan. - AP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2XCHFvqPX
Hakcipta terpelihara

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "