2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 18 April 2025   
@ 20 Syawal 1446H / 8:21 PM

3Isnin,Jun

Rajinnya suamiku!

B

AHAGIA ini wujud dengan adanya perasaan cinta dan kasih sayang sebagai asas pembentukan keluarga bahagia. Bagaimanakah caranya untuk membentuk sebuah institusi keluarga yang bahagia ini? Jawapannya ialah ahlinya perlulah mengetahui dan menjalankan tanggungjawab masing-masing.

 

Tanpa rasa tanggungjawab ini, maka kebahagiaan dalam sesebuah keluarga tidak akan tercapai. Tanpa rasa bahagia, kita akan sentiasa berasa resah dan gelisah kerana ia adalah perasaan semula jadi manusia untuk menikmati kebahagiaan.

 

Perkahwinan adalah penyatuan dua hati, ibarat kata susah dan senang dihadapi bersama. Rumah tangga adalah elemen penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan rapi, begitulah juga masyarakat rumah tangga memerlukan penyusunan.

 

Dalam perkahwinan wujudnya satu konsep ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Tugasan menguruskan rumah tangga bukan hanya digalas isteri tetapi harus dilakukan bersama suami. Apabila wujudnya sikap saling bantu-membantu, pastinya sesebuah gerbang perkahwinan itu akan aman, damai tanpa sebarang ketidakpuasan.

 

Fahami erti perkahwinan

A

LLAH SWT berfirman: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (bila menikah) anak-anak yatim, maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi, dua, tiga atau empat.

 

Tetapi, jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka seorang sajalah, atau hamba sahaya yang kamu miliki.Yang demikian itulah yang lebih memungkinkan kamu terhindar dari berlaku sewenang-wenangnya.” (Surah an-Nisaa’:3)

 

Sesebuah perkahwinan itu menjadi wajib bagi individu berkemampuan, menurut Pegawai dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kuala Lumpur.

 

Rahmah Othman dalam program Bicara Keluarga @LPPKN yang diadakan Mac lalu dengan tajuk ceramah: Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing berkata, pasangan yang berkahwin perlu memahami dengan jelas konsep perkahwinan yang memenuhi tuntutan syariat.

 

“Pernikahan ialah akad yang menghalalkan antara lelaki dengan perempuan untuk hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.

 

“Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya. Hak ialah sesuatu yang mesti diperoleh oleh setiap ahli keluarga, sebagai contoh pemberian mas kahwin oleh si suami kepada isterinya,” katanya.

 

Menurutnya perkahwinan adalah medan untuk menyalurkan kehendak seksual, perkongsian hidup yang disahkan oleh agama dan perundangan negara, mendapat ketenangan dan inspirasi dan suatu amanah yang disertai dengan tanggungjawab.

 

Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menyebut mengenai pensyariatan perkahwinan dianjurkan secara langsung atau tidak langsung kepada manusia sesuai dengan tuntutan fitrah semula jadinya.

 

Berkongsi bebanan

J

ika dahulu suami menyara keluarga, isteri pula menguruskan rumah  termasuk bertanggungjawab mengasuh dan memelihara anak-anak tetapi pasangan suami isteri  hari ini mempunyai banyak perbezaan dengan pasangan terdahulu, lihatlah sahaja ramainya isteri dan ibu berkerjaya di luar sana. Situasi berkenaan berlaku kerana kos hidup yang semakin tinggi dan semuanya memerlukan duit.

 

Rahmah menjelaskan, pasangan yang menghadapi masalah dalam rumah tangga kebanyakannya tidak memahami tanggungjawab masing-masing dan tidak mahu menghulurkan tangan membantu.

 

“Konteks tanggungjawab dalam perkahwinan perlu difahami seperti tanggungjawab isteri (mentaati suami, melayan suami, menjaga kehormatan diri, menghiburkan suami dan menguruskan rumah), manakala tanggungjawab si suami ialah menyediakan nafkah, keperluan asas, bertindak sebagai pemimpin dan ikutan setiap ahli keluarga, sebagai pendidik dan pendisiplin, pelindung dan sumber kemesraan dan kisah sayang.

 

“Rumah tangga akan menjadi semakin harmoni apabila setiap pasangan itu menjadikan tanggungjawab bersama sebagai pengikat kasih seperti  menyediakan bimbingan, mengamalkan keadilan dalam keluarga, menyediakan tempat tinggal, setia kepada pasangan, mengekalkan kehormatan diri, memenuhi kehendak pasangan dan menguruskan rumah tangga dengan baik,” ulasnya lagi.

 

Rahmah berkata, statistik menunjukkan apabila anak sakit, ibu lebih banyak mengambil cuti untuk menjaga si anak iaitu sebanyak 80 peratus berbanding bapa  hanya 20 peratus.

 

Bayangkan, betapa kelam kabutnya isteri di zaman moden ini menguruskan kehidupan diri sendiri, suami, anak-anak dan tugasan di pejabat.

 

Wanita hari ini boleh digelar super mama memandangkan banyaknya tugasan yang terbeban di bahu mereka, ramai dalam kalangan kaum Hawa ini menjawat jawatan penting di pejabat dalam masa yang sama mampu menguruskan rumah tangga dengan sempurna.

 

Ianya akan menjadi lebih terkesan jika suami sanggup menurunkan ego membanting tulang membantu melakukan tugasan harian seorang wanita.

Bajailah kasih sayang 

B

erdasarkan sebuah kajian mengenai kekerapan bercakap bersama pasangan menunjukkan bahawa pasangan yang telah lama berkahwin hanya bercakap selama tiga minit dalam tempoh sejam. Manakala pasangan  10 tahun berkahwin bercakap selama 29 minit setiap sejam dan pasangan kekasih akan bercakap 50 minit dalam tempoh sejam. Mengapa begitu?

 

Sepatutnya pasangan yang lama berkahwin perlu membajai kasih sayang setiap hari dengan melakukan banyak aktiviti bersama tetapi perkara sebaliknya berlaku.

 

Pasangan yang tidak mempunyai sebarang pertalian sah dari segi agama pula yang banyak menumpukan perhatian sesama sendiri.

 

Teladanilah satu kisah  di mana seorang lelaki datang menemui Saidina Umar al-Khatab, niat lelaki itu untuk mengadu mengenai isterinya yang kuat berleter, tetapi sebaik sampai di hadapan rumah Umar, dia terkejut apabila mendengar suara isteri khalifah itu berleter dan marah-marah melebihi leteran isterinya.

 

Tidak terkeluar sepatah kata pun jawapan dari bibir Umar. Lelaki itu membatalkan hasratnya untuk mengadu, terfikir di benak lelaki itu apakah yang membuatkan Saidina Umar berdiam di saat isterinya sibuk berleter sedangkan beliau sangat disegani kawan mahupun lawan?.

 

Saidina Umar yang terkenal dengan gelaran singa ALLAH itu senyap kerana mengenangkan lima perkara iaitu:-

 

1.    Isteri sebagai benteng penjaga api neraka

2.    Isteri sebagai pemelihara rumah

3.    Isteri sebagai penjaga penampilan

4.    Mengasuh anak-anak

5.    Memasak untuk suami

 

Leteran adalah hembusan kepenatannya menguruskan rumah tangga. Umar hanya mengingat kebaikan isteri bagi menutupi segala cela dan kekurangannya. Apabila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasihati dengan cara yang baik, dengan bergurau.

 

Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji.

 

Begitulah rumah tangga yang harmoni, sikap sabar dan bertolak ansur adalah  penawar yang paling mujarab bagi menggarapkan sebuah rumah tangga bahagia dunia dan akhirat.

 


*Oleh SYAHIDATUL AKMAL DUNYA, Sinar Harian, 31 Mei 2013

Rokiah Mad Dom , Isnin, Jun 03, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog