A |
DA segolongan insan yang sama sekali mengelak daripada memakan avokado kerana percaya bahawa buah bentuk membujur ini mengandungi kadar lemak dan kalori yang tinggi (sekitar 138 kalori dan 14.1 gram dalam buah saiz sederhana).
Namun, avokado adalah antara makanan yang paling padat dengan zat dan khasiat, terutama untuk jantung anda.
Berikut adalah lima sebab mengapa anda boleh mula memakannya.
1) Penyerap karotenoid
o Karotenoid bertindak sebagai antioksidan dan boleh mencegah penyakit mata.
o Ia hanya larut dalam lemak sahaja.
o Avokado bukan sahaja kaya dengan karotenoid, malah adalah penyerap karotenoid yang berkesan kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
o Sebab itulah pakar pemakanan menasihatkan anda mencampurkan sepotong avokado dalam mangkuk salad anda.
2) Bantu kurangkan berat badan?
· Buah ini mengandungi asid oleik yang menghantar isyarat bahawa anda sedang berasa kenyang kepada otak anda.
· Ia juga mengandungi sekitar tujuh gram fiber larut dan nyah-larut.
· Fiber larut memperlambatkan pemecahan korbohidrat dalam tubuh, melengahkan perasaan lapar.
3) Memelihara bayi dalam kandungan
§ Secawan avokado sehari merangkumi hampir sesuku daripada vitamin folat yang diperlukan tubuh kita. Folat ialah vitamin yang mengurangkan risiko bayi cacat dalam kandungan. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan risiko serangan dan penyakit jantung.
4) Memelihara jantung
ü Asid oleik juga boleh mengurangkan kadar kolesterol tubuh. Kadar kolesterol tinggi adalah salah satu daripada faktor risiko utama penyakit jantung.
5) Rasa lazat
Ø Mencampurkan avokado ke makanan anda seperti salad, sup atau hiasan nasi goreng adalah cara yang mudah dan sihat untuk meningkatkan rasa dan tektur makanan anda.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Info menarik..
BalasPadam