Tia menaruh harapan hidupnya benar-benar berubah selepas berkahwin dengan Adi. - Gambar hiasan
M |
AMA pernah berpesan kepada Tia supaya bijak memilih pasangan. Seburuk mana pun sikap dan perangai kita, memilih suami biarlah orang yang akan memimpin kita ke jalan yang diredai ALLAH. Carilah suami yang soleh, yang padat ilmu agamanya agar hidup kita yang tergelincir dapat ditarik semula ke landasan sebenar.
Tia ingat pesan itu, tapi dia tidak mampu menolak perasaan kasihnya terhadap Adi. Apatah lagi bagi Tia, kisah dan perjalanan hidupnya saling tak tumpah seperti kisah hidup Adi.
Mereka sama-sama pernah melakukan kejahatan, bergelumang dengan maksiat, minum arak, masuk ke kelab malam dan mengambil dadah. Semua kisah itu menjadikan mereka semakin rapat dan mula mengenal hati budi masing-masing.
Bermula sebagai kenalan biasa yang sekadar suka-suka berhibur di kelab malam selepas waktu kerja, Tia akhirnya menjalin cinta dengan Adi. Adi seorang yang penyayang meski pun kadangkala sikap barannya ketara.
Dua tahun mengenali Adi, dialah yang akan mengambil dan menghantar Tia ke tempat kerja. Dialah juga yang membantu Tia melepaskan diri daripada bekerja di sebuah pusat karaoke kepada pekerjaan lebih baik, iaitu pembantu jualan di sebuah pasar raya terkenal.
Ditambah pula dengan kesudian Adi menelan dan melupakan semua kisah silamnya membuat Tia bertambah yakin bahawa Adi akan menjadi suami yang baik. Adi juga tahu Tia sudah ditebuk tupai.
Memandang semua itu, Tia merasakan Adi calon sesuai. Daripada bergelar anak dara tua seperti Kak Long, biarlah Tia bersuamikan Adi sementara sudah ada yang sudi menerima.
Tidak berubah
“T |
ia yakin dengan Adi mama. Kami dah janji sama-sama nak berubah. Mana tahu lepas kahwin hidup kami akan lebih baik. Mama tengoklah, Adi nasihatkan Tia jangan kerja pusat karaoke, dan carikan Tia rumah sewa yang elok. Dia pun dah tinggalkan kerja bouncer kelab,” luah Tia pada mama, setahun dulu.
“Saya bermati-matian yakinkan mama fasal Adi. Walaupun mulanya mama tak mahu terima, tapi selepas beberapa kali saya bawa Adi balik rumah dan mama tengok perubahan Adi, akhirnya mama izinkan kami kahwin,” kata Tia bernada sebak.
Mata penulis direnung sayu. Terkejut juga apabila mendengar cerita Tia. Penulis tertanya-tanya, bagaimana seorang wanita berumur 24 tahun boleh terfikir untuk menamatkan zaman bujang hanya kerana takut bergelar anak dara tua.
Wanita di hadapan penulis ini bukan calang-calang orang di dunia kemaksiatan. Tia mengaku pernah ditiduri ramai lelaki ketika bekerja di kelab malam. Pil dan dadah menjadi santapan malamnya sebelum bekerja.
Waktu kerja, dia bersaing dengan rakan lain untuk menghidangkan arak kepada tetamu serta mendapatkan lebih tip hasil daripada servis ekstra.
Servis ekstra ini menurut Tia adalah tanpa pengetahuan bosnya, sama ada dilakukan secara ringan-ringan di dalam bilik karaoke, atau mengikut pelanggannya pulang ke rumah tumpangan dan hotel. Meskipun Tia mengatakan dia memilih pasangan, iaitu hanya mengikut mereka yang sudah dijadikan teman lelaki sahaja, zina tetap zina.
“Saya sedar semua itu dosa kak. Sebab tu bila saya kenal Adi dan Adi bersungguh-sungguh ajak berubah saya terpesona. Tak pernah ada orang lain ambil berat dengan saya seperti Adi,” sambungnya lagi. Air mata yang ditahan-tahan mengalir jua di hadapan penulis.
“Adi juga sanggup tinggalkan kerjanya dan bekerja dekat dengan saya. Selepas kahwin, Adi memang suami penyayang.
"Dia pandai mengaji al-Quran dan suaranya sedap bila dia azan sewaktu mengimamkan saya. Cuma...” kata-kata Tia mati di situ. Dia termenung tanpa mempedulikan bayi kecilnya yang sedang merengek.
Rompak bersenjata
S |
etahun perkahwinan mereka, Tia melalui detik-detik membahagiakan. Dia juga sudah berubah dan mahu menjadi isteri terbaik buat Adi. Sama seperti wanita lain yang pernah bekerja sepertinya, Tia akui mereka menyimpan niat untuk berubah dan bahagia.
“Cuma saya perasan satu perkara mengenai Adi. Dia selalu banyak duit walaupun kerja pengurus stor pasar raya. Bila saya pesan duit tu disimpan, Adi akan jawab simpan duit gajilah.
"Dia juga pernah kata, sejahat mana pun dia, dia tak kan bagi isteri dan anak makan duit haram. Bila saya desak dia marah dan kata, dia tak mahu hidup miskin,” sambung Tia.
Rahsia Adi terbongkar pada suatu petang selepas sebulan Tia melahirkan anak sulung mereka. Adi tidak pulang ke rumah hampir seminggu.
“Petang itu kawan Adi datang rumah hantar kereta dan beg duit Adi. Dia beritahu Adi kena tangkap polis sebab merompak kedai. Rompak dengan parang. Saya dan mama terduduk dan tak mampu kata apa-apa,” katanya.
Ketika mendengar rayuan Adi di kandang pesalah di Mahkamah Sesyen, Shah Alam, hati Tia terjentik sayu.
“Saya minta maaf Yang Arif (hakim mahkamah), saya merayu hukuman penjara dikurangkan sebab saya ada anak kecil.
"Saya nak cepat-cepat keluar untuk jaga anak dan isteri saya. Saya menyesal Yang Arif,” kata Adi sambil menoleh ke arah Tia.
Hakim mahkamah menegur Adi kerana hanya menyesal ketika dalam kandang tertuduh. Ketika melakukan rompakan dia bukan sahaja tidak pernah terfikir masa depan isteri dan anak, tapi juga trauma yang bakal dihadapi mangsa rompakannya.
Hari itu baru Tia tahu Adi sudah dua kali melakukan rompakan dengan modus operandi yang sama, iaitu merompak pasar raya dengan bersenjatakan parang. Tia menyesal kerana tidak mendengar nasihat mama.
Jauh di sudut hati, dia mahu menunggu Adi keluar penjara lapan tahun lagi... tapi, apakah Adi akan benar-benar berubah?
*Oleh KHALILAH GUSTI, Sinar Harian, 24 Jun 2013

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "