D |
aripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad, hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)
Islam menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu perbelanjaan kerana kaum keluarga, untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan kawan-kawan kerana menegakkan agama Islam.
Faedah berbelanja
I |
slam mengingatkan umatnya supaya mengambil faedah daripada berbelanja kerana perbelanjaan yang tidak dikehendaki oleh Islam adalah sia-sia dan membazir. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mencari keredaan Allah akan mendapat pembalasan yang setimpal.
Tiga perkara yang disebut dalam hadis adalah penting dan perlu didahulukan daripada yang lain dalam berbelanja.
Belanja paling baik di sisi Islam
A |
bu Hurairah berkata, sabda Rasulullah SAW: “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang miskin dan wang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu.” (Riwayat Muslim)
Islam menggalakkan umatnya berbelanja pada jalan yang diharuskan saja. Wang yang dibelanjakan oleh seseorang dengan ikhlas akan diambil kira dan diberi pembalasan mengikut keutamaannya.
Antara perbelanjaan yang paling baik di sisi islam ialah perbelanjaan untuk menyara keluarga kecuali zakat yang wajib. Umat Islam hendaklah mengutamakan kaum keluarganya dalam berbelanja daripada orang lain.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "