2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Michael Douglas salahkan 'seks oral'

LONDON, 4 Jun 2013 - Pelakon veteran Hollywood, Michael Douglas, mempersalah gaya hidup seksnya sebagai punca mendapat tumor barah di tekaknya tiga tahun lalu.

 

Pelakon berusia 68 tahun itu juga menegaskan, ia bukan disebabkan minum arak atau merokok.

Akhbar Britain, The Guardian, semalam, mendedahkan pandangan aktor itu yang memegang watak Liberace dalam filem terbarunya Behind The Candelabra. Tanpa perlu memberi penjelasan jelas, barah itu berpunca daripada HPV (human papillomavirus) disebabkan oleh seks oral.

 

Jangkitan kuman

S

aya khuatir juga ia mungkin disebabkan tekanan selepas anak lelaki saya dipenjara tetapi memang benar barah itu disebabkan jangkitan kuman menerusi seks.

 

Atas sebab itu juga, saya menganggapnya sebagai ubat terbaik (supaya mengelakkan perbuatan itu), kata Douglas.

 

Anak lelakinya, Cameron dihukum penjara 10 tahun kerana memiliki dan mengedar dadah.

 

Pemenang Oscar dua kali itu mendedahkan pada 2010 beliau menghidapi barah tahap empat tetapi berjaya mengatasinya menerusi program kemoterapi dan radioterapi.

 

"Saya perlu sentiasa jalani pemeriksaan, sekali setiap enam bulan tetapi sekarang sudah dua tahun sihat. Barah seperti ini biasanya 95 peratus tidak akan berulang," katanya.

 

Kaji selidik Fakulti Odontologi Universiti Malmo, Sweden, dan laporan Jurnal Perubatan New England membayangkan kaitan antara seks oral dan barah tekak.

 

HPV punca kanser rahim

J

angkitan HPV juga punca 99 peratus kanser rahim, lapor kajian Perkhidmatan Kesihatan Britain.

 

Douglas berkahwin dengan aktres Wales, Catherine Zeta-Jone yang memenangi Oscar bagi filem Chicago. - AFP

Adam Merah , Selasa, Jun 04, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog