KUALA LUMPUR, 02 Jun 2013 - Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk mencegah jenayah, yang kini menjadi kebimbangan utama masyarakat di negara ini.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, tindakan sesetengah anggota masyarakat menyalahkan polis tidak akan membantu menyelesaikan masalah itu dan sebaliknya mereka perlu berkongsi idea dan bekerjasama untuk membasmi ancaman itu.
"Jenayah kejam perlu diberi perhatian serius, bukan saja oleh kerajaan, agensi penguatkuasaan dan badan kehakiman, tetapi juga oleh seluruh anggota masyarakat,” katanya apabila dihubungi hari ini.
Lee juga menyeru rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan supaya berganding bahu untuk membanteras jenayah.
"Memang tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang serta rondaan bersama dengan agensi lain telah berjaya mengurangkan jenayah jalanan dan jenayah lain, namun semua ini tidak mungkin terhasil tanpa kerjasama dan penyertaan masyarakat serta pelbagai NGO seperti MCPF,” katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berkata, Jabatan Pencegahan Jenayah yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melibatkan penyertaan seluruh anggota masyarakat, sejajar dengan sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah di negara ini.
Beliau menambah, peranan dan fungsi jabatan itu, yang akan ditubuhkan di Bukit Aman, daerah dan ibu pejabat kontinjen negeri, akan diumumkan tidak lama lagi. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "