/

Malaysia tahap 2 dalam laporan pemerdagangan orang AS [ULASAN]

L

aporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat mengenai pemerdagangan orang bagi tahun 2013 telah menempatkan Malaysia di tahap 2 - pemerhatian (tier 2 watchlist) buat tahun keempat secara berturut-turut.

 

Malaysia telah sekali lagi diberikan pengecualian daripada diletakkan di tahap ketiga secara automatik kerana mempunyai pelan tindakan yang konkrit membanteras jenayah pemerdagangan Orang bagi tahun 2013-2014.

 

Ini adalah bagi menyokong Pelan Tindakan Kebangsaan 2010-2015 yang telah di lancarkan pada 30 Mac 2010.

Kerajaan Malaysia sentiasa melakukan usaha secara berterusan bagi mempertingkatkan inisiatif nasional untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang terutamanya dari aspek penambahbaikan kepada elemen perlindungan kepada mangsa.

 

Dalam hal ini, selaras dengan kerjasama pintar di antara kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang telah digariskan dalam pelan lima tahun tersebut, satu projek rintis akan dilaksanakan oleh pihak NGO pada bulan Oktober 2013 di mana pengurusan bagi rumah perlindungan mangsa akan diuruskan secara sepenuhnya oleh pihak NGO.

 

Lokasi dan tempat rumah perlindungan tersebut telah dikenalpasti oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Kerjasama antara pihak kerajaan dan NGO mengenai aspek perlindungan mangsa telah dilaksanakan sejak dari pelaksanaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 pada tahun 2008 termasuk dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

 

Kerajaan juga telah bekerjasama dengan pihak NGO seperti Coalition to Abolish Modern-day Slavery in Asia (CAMSA) dalam aspek pengurusan kes bagi mangsa pemerdagangan orang. Setakat ini, perkhidmatan sebegini hanya disediakan bagi mangsa warga Vietnam dan Kemboja di mana perkhidmatan ini akan diperluaskan kepada mangsa warga lain pada masa akan datang.

 

ATIPSOM 2007 telah dibuat pindaan pada tahun 2010 bagi memperkasakan pelaksanaan akta ini. Usaha ini akan diteruskan di mana pada tahun ini satu bengkel telah dilaksanakan oleh Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) dan Jabatan Peguam Negara bagi melihat peruntukan-peruntukan berkaitan yang boleh ditambahbaik bagi keberkesanan pelaksanaan ATIPSOM 2007 terutamanya aspek kebajikan dan perlindungan mangsa.

Pertimbang pampasan pada mangsa

A

ntara elemen dalam pertimbangan adalah pemberian pampasan kepada mangsa pemerdagangan orang sebagai satu bentuk insentif yang dapat menggalakkan mangsa untuk memberikan kerjasama bagi tujuan rakaman keterangan di mahkamah yang seterusnya diharap dapat mempertingkatkan jumlah sabitan kes-kes jenayah ini.

 

Dari aspek penguatkuasaan pula, MAPO menyedari akan kepentingan bidang bina upaya secara berterusan bagi memastikan penguatkuasaan secara efektif. Dalam hal ini, Sekretariat MAPO telah mengadakan kerjasama strategik dengan rakan-rakan Negara luar dan pertubuhan antarabangsa.

 

Sekretariat MAPO dan International Organization for Migration (IOM) melaksanakan program training of trainers dalam aspek penyiasatan dan pendakwaan secara dua fasa.

 

Fasa pertama diadakan pada tahun 2012 manakala fasa kedua pula pada tahun ini melibatkan pegawai-pegawai pendakwaraya, hakim/majistret dan wakil-wakil agensi penguatkuasaan yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Sekretariat MAPO juga telah bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU) untuk menganjurkan bengkel bagi mempelajari amalan terbaik EU dalam menangani jenayah ini. Manakala dengan Australia pula, bengkel yang diadakan menjurus kepada aspek penguatkuasaan bersepadu.

 

Kedua-dua bengkel sedang berjalan di Langkawi melibatkan semua agensi penguatkuasaan, mahkamah dan pendakwaan. Bengkel dengan pihak Australia turut melibatkan penyertaan agensi penguatkuasaan daripada Thailand.

 

Dalam usaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan orang, kerjasama di pelbagai peringkat merangkumi Kerajaan pusat dan Negeri adalah amat kritikal.

 

Justeru itu, sesi dialog bersama agensi penguatkuasaan dan pegawai pelaksana di peringkat negeri telah diteruskan sebagai platform mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran semua agensi peringkat negeri.

 

Penambahbaikan akta perlu ambil kira kedaulatan

P

ada tahun ini sahaja, dua sesi dialog telah diadakan di Kuantan, Pahang pada 20 Januari 2013 dan di Melaka pada 18 Mei 2013.

 

Usaha kerajaan dalam menangani jenayah pemerdagangan orang turut mendapat perhatian Jabatan Audit Negara (JAN) dengan pelaksanaan audit ke atas program MAPO.

 

MAPO bekerjasama dengan JAN bagi memastikan Malaysia berada di landasan yang betul dalam membanteras jenayah yang mencabul hak asasi manusia.

 

Malaysia bersikap objektif terhadap semua cadangan yang terkandung di dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat tersebut.

 

Seperti mana yang disarankan oleh pihak Amerika Syarikat dan Jabatan Audit Negara, kerajaan harus menyediakan peruntukan kewangan dan sumber manusia yang tetap kepada semua kementerian / agensi yang terlibat di dalam membanteras jenayah ini bagi memastikan pelaksanaannya secara efektif.

 

Namun begitu, sebarang pindaan kepada ATIPSOM 2007 atau sebarang penambahbaikan kepada Akta tersebut perlu mengambil kira aspek kedaulatan, keselamatan dan integriti negara.

 

Di samping itu, sebarang obligasi dan tanggungjawab Malaysia terhadap sesuatu perkara adalah tertakluk kepada dasar dan perundangan domestik serta antarabangsa di mana Malaysia menjadi negara ahli.

 

 


*SEKRETARIAT MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN, Bahagian Antarabangsa, Kementerian Dalam Negeri.

Unknown , Rabu, Jun 26, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog