Lebuh raya purba era kerajaan Rom yang ditemui di Baitulmaqdis.
BAITULMAQDIS, 26 Jun 2013 - Pakar arkeologi berjaya menemui satu lebuh raya purba, dipercayai dibina pada era pemerintahan Rom di Baitulmaqdis, kata pihak berkuasa.
Agensi Antikuiti Israel (IAA) berkata lebuh raya berkenaan dipercayai berusia 1,800 tahun ditemui di kejiranan Palestin di Beit Hanina di utara Baitulmaqdis, lapor media tempatan.
Ini adalah kali pertama kami menemui sebahagian jalan purba di Baitulmaqdis yang dijaga dengan baik, kata pengarah kerja arkeologi berkenaan David Yeger. Beliau berkata, lebuh raya yang baru ditemui itu adalah salah satu rangkaian jalan yang dibina kerajaan Rom, menuju ke Baitulmaqdis dari arah pantai.
Guna batu leper
L |
ebuh raya itu mempunyai keluasan lapan meter dibina menggunakan batu leper yang besar dan dilekatkan antara satu sama lain, untuk memberi keselesaan kepada pengguna yang berjalan kaki.
Sebahagian daripada batu itu sudah rosak teruk dan ia memberi isyarat bahawa ia digunakan dengan kerap selama bertahun-tahun dan turut mengalami beberapa kerja baik pulih, katanya.
Kerajaan Rom memerintah wilayah Mediterranean dan sebahagian daripada Eropah pada abad pertama sebelum Masehi hingga kejatuhannya pada tahun 476.
Bergerak pantas, selesa
P |
entadbiran Rom di Baitulmaqdis membina banyak jalan raya bertujuan memenuhi keperluan kerajaan, tentera, ekonomi dan orang awam yang mahu pergerakan pantas dan selesa.
Pembinaan dan penyenggaraan lebuh raya ini dilakukan oleh unit tentera, tetapi orang awam turut mengambil bahagian, dalam kerja yang diwajibkan kepada mereka oleh pihak pemerintah, katanya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "