Isnin : 7 April 2025   
@ 9 Syawal 1446H / 4:21 AM

27Khamis,Jun

Korea Selatan lancar perkhidmatan LTE-A paling laju

SEORANG model memegang telefon pintar Samsung Galaxy S4 yang menggunakan data rangkaian mudah alih LTE-Advanced di Seoul, Korea Selatan semalam.

 

SEOUL, 26 Jun 2013 - Syarikat pembekal perkhidmatan telefon bimbit utama di Korea Selatan, SK Telecom semalam memperkenalkan rangkaian mudah alih generasi baru, LTE-Advanced (LTE-A) yang pertama di dunia.

 

Rangkaian terbaru itu menawarkan kelajuan dua kali ganda berbanding rangkaian LTE sebelum ini. Ia juga sepuluh kali lebih pantas berbanding perkhidmatan telekomunikasi Generasi Ketiga (3G).

 

Perkhidmatan LTE-Advanced yang boleh didapati di Seoul dan 40 bandar lain tidak lama lagi itu akan membolehkan para pengguna untuk memuat turun sebuah filem hanya sekitar 40 saat.

 

Ia dilancarkan bersama versi LTE-A baharu telefon pintar Samsung Galaxy S4. SK Telecom menyatakan sebanyak enam model telefon pintar yang bersesuaian dijangka ditawarkan pada separuh masa kedua tahun ini.

 

"LTE-A akan menawarkan perkhidmatan tambah nilai mudah alih baharu yang boleh membawa perubahan inovatif kepada kehidupan pelanggan kami," kata Presiden Network Business Operations di SK Telecom, Park In-Sik.

 

SK Telecom merancang menggunakan rangkaian baru itu untuk melancarkan perkhidmatan panggilan video secara berkumpulan sehingga empat orang pengguna.

 

Ia didakwa akan mempunyai kualiti video 12 kali lebih baik. Selain kualiti audio dua kali ganda lebih jelas daripada perkhidmatan sedia ada.

 

Korea Selatan kini mempunyai sekitar 20 juta pengguna perkhidmatan 4G. - AFP

 

 

 

Unknown , Khamis, Jun 27, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog