GAMBAR yang disiarkan agensi berita Xinhua semalam menunjukkan tiga angkasawan China (dari kiri) Zhang Xiaoguang, Nie Haisheng dan Wang Yaping (wanita).
BEIJING, 26 Jun 2013 - - Kapal angkasa China, Shenzhou-10 selamat kembali ke Bumi semalam, menurut siaran stesen televisyen rasmi negara berkenaan.
Shenzhou-10 mendarat selepas melakukan misi angkasa lepas paling lama dalam sejarah China.
Membawa tiga angkasawan termasuk seorang wanita, kapal angkasa itu mendarat di tanah besar China selepas 15 hari berada di angkasa lepas.
Mereka berada di orbit bagi membantu Beijing mencapai matlamat membina sebuah stesen angkasa lepas kekal menjelang tahun 2020.
Rakaman stesen televisyen China menunjukkan Shenzhou-10 mendarat pada pukul 8.07 pagi (waktu tempatan) di kawasan padang rumput wilayah autonomi Inner Mongolia di utara negara itu.
Sejurus selepas kapal angkasa itu menyentuh Bumi, sekumpulan juruteknik bergegas untuk mengeluarkan ketiga-tiga angkasawan tersebut.
China pertama kali menghantar manusia ke angkasa lepas hanya pada tahun 2003 manakala keupayaan negara itu dilihat tidak setanding Amerika Syarikat dan Rusia. Namun, Beijing bercita-cita tinggi menerusi program angkasa lepasnya termasuk misi menghantar manusia ke Bulan. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "