2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 10:18 AM

18Selasa,Jun

Jantina mempengaruhi reaksi kesakitan

ROM, 16 Jun 2013 - Penyelidik Itali mendapati jantina mempengaruhi bagaimana seseorang itu memberi tindak balas ketika sakit dan terdapat lima perbezaan ketara ketika mengadu kesakitan.

 

Kajian yang dijalankan di Hospital Universiti Padua, Itali menunjukkan simptom biasa yang dialami oleh lelaki yang mengalami serangan jantung ialah kesakitan pada dada dan pada bawah lengan kiri.

 

Manakala wanita pula akan menunjukkan keadaan yang loya dan sakit pada bahagian abdomen.

Kajian yang diketuai oleh Profesor Giovannella Baggio mendapati wanita sering menerima rawatan yang tidak sepatutnya ketika menunjukkan simptom berkenaan.

 

"Kajian kami memfokuskan bukti sebenar dan perbezaan yang ketara antara jantina terutama serangan jantung, kanser, penyakit hati, osteoporosis dan juga farmakologi,'' katanya

 

Tambah Baggio, penyelidikan perubatan masa kini belum mengetahui sepenuhnya mengenai perbezaan jantina terutamanya apabila menunjukkan simptom-simptom penyakit.

 

"Penyelidikan yang dijalankan sejak 40 tahun lalu hanya memberi fokus secara eksklusif kepada pesakit lelaki.

 

"Kebiasaannya lelaki yang mengalami serangan jantung akan menunjukkan tanda yang berbeza berbanding wanita yang mengalami serangan jantung,'' ujarnya yang juga merupakan Pengarah Unit Perubatan Dalaman hospital berkenaan.

 

Katanya lagi, walaupun serangan jantung yang dialami oleh golongan perempuan adalah lebih teruk dan rumit, tetapi mereka tidak mendapat rawatan yang sepatutnya seperti electrocardiogram (ECG), ujian diagnostik enzim atau angiografi koronari.

 

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Klinikal Kimia dan Perubatan Makmal itu juga memaparkan bagaimana kanser kolon juga memberi kesan yang lebih teruk dalam kehidupan wanita berbanding lelaki. - Agensi

 

 

 

 

 

Unknown , Selasa, Jun 18, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog