/

Garis panduan rawat Talasemia diperkenal

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2013 - Sebuah Garis panduan baru dikeluarkan oleh Persekutuan Antarabangsa Talasemia (Thalassaemia International Federation - TIF) untuk Pengurusan Talasemia Tanpa Bergantung Transfusi (Non-Transfusion Dependent Thalassaemias – NTDT) dan adalah yang pertama di bidang hematologi perubatan.

 

Garis panduan ini, yang dibentangkan hari ini di Kongres ke-18 Persatuan Hematologi Eropah (European Haematology Association - EHA), menerima pendapat pakar antarabangsa berdasarkan data terkini dalam bidang ini, dan telah dibangunkan untuk membuat doktor mudah mengikuti protokol untuk mengenal pasti dan menguruskan populasi pesakit ini, yang sering terlepas pandang atau tidak didiagnosis dengan baik.

 

NTDT adalah istilah yang digunakan untuk melabel pesakit yang tidak memerlukan transfusi darah tetap sepanjang hayat, untuk terus hidup, walaupun mereka mungkin memerlukan transfusi sekali-sekala atau kerap dalam penentuan klinikal tertentu dan bagi tempoh masa tertentu. Talasemia tanpa bergantung kepada transfusi termasuk talasemia intermedia, HbE/talasemia dan alfa-talasemia (HbH), dan kebanyakannya dialami oleh penduduk yang berasal daripada Asia Selatan dan Asia Tenggara, Mediterranean dan Timur Tengah.

 

"NTDT menjejaskan populasi yang sama atau lebih besar daripada beta-talasemia major pada skala global kerana NTDT lebih berleluasa di beberapa kawasan yang paling ramai penduduk di dunia, seperti Asia Tenggara dan Rantau Pasifik Barat,” kata Dr. Androulla Eleftheriou, pengarah eksekutif TIF.

 

"Oleh kerana penghijrahan dan pergerakan penduduk global, NTDT ada dalam hampir setiap wilayah dan negara di dunia termasuk Eropah."

 

"Semasa sedekad paling akhir, kita telah mencapai banyak kemajuan untuk lebih memahami pengurusan penyakit, terutama peranan terapi transfusi dan terapi chelation(pengelatan) besi,” sambung Dr Eleftheriou.

 

"Garis panduan NTDT TIF memberikan bukti perubatan terkini untuk membantu doktor membuat keputusan terapeutik yang lebih bijak untuk memberikan yang lebih baik kepada pesakit dan mengelakkan komplikasi penyakit."

 

Data baru yang dimasukkan ke dalam garis panduan ini sudah pasti akan menyumbang kepada pemahaman NTDT yang lebih baik dan akan menjelaskan kepada komuniti perubatan bahawa walaupun tanpa terapi transfusi, pesakit NTDT masih berisiko untuk membentuk besi kronik berlebihan yang disebabkan oleh peningkatan penyerapan zat besi di dalam perut dan usus yang dicetuskan oleh keperluan badan untuk mendapatkan lebih banyak sel-sel darah merah.

 

"Tanpa pengurusan penyakit yang betul, pesakit NTDT masih boleh membentuk tokokan besi berbahaya dalam organ-organ penting yang boleh menyebabkan komplikasi yang serius dan berpotensi mengancam nyawa," tambah Dr. Michael Angastiniotis, Penasihat Perubatan TIF.

Sorotan utama dalam garis panduan ini NTDT meliputi:

·         Terapi chelation besi harus dimulakan pada pesakit NTDT dengan kepekatan besi hati (liver iron concentration - LIC) >5 mg Fe/g berat kering dan dikekalkan sehingga pesakit mencapai tahap <5 mg Fe/g berat kering.

 

·         Pesakit yang mencapai tahap di bawah 5 mg Fe/g berat kering boleh berhenti menggunakan chelator(pengkelat), dan diberi peluang untuk ‘bebas daripada dadah', satu strategi yang berpotensi mengurangkan implikasi psikososial dalam melakukan rawatan sepanjang hayat.

 

·         Pesakit perlu dipantau rapi dengan penilaian LIC setiap 1-2 tahun untuk mengenal pasti pesakit yang menghampiri nilai >5 mg Fe/g berat kering dan dengan itu memerlukan pengenalan kembali terapi chelation.

 

·         Beban infusi berpanjangan dan kerap daripada desferioksamina menjejaskan kestabilan psikososial pesakit, kualiti hidup dan memberi kesan kepada pematuhan. Pematuhan yang buruk telah menunjukkan kaitan negatif dengan survival. Rumusan lisan terapi chelation besi telah terbukti memberi kesan positif kepada kualiti hidup pesakit dan kerana itu perlu dipertimbangkan untuk pesakit NTDT yang memerlukan terapi chelation besi.

 

"Salah satu matlamat kami dalam menyebarkan garis panduan ini adalah untuk membantu mempersiapkan doktor dan sistem kesihatan di seluruh dunia untuk lebih memahami dan mengiktiraf kepentingan klinikal NTDT dan menasihati doktor yang kurang biasa dengan penyakit ini. Ini akan menyokong pengenalan rawatan yang lebih baik dan berkesan untuk pesakit NTDT,” kata Dr. Eleftheriou.

 

"Ini telah menjadi semakin mendesak kerana peningkatan globalisasi dan imigrasi yang bermakna bahawa populasi pendatang yang besar telah membawa NTDT ke negara-negara di mana pada masa lalu ianya sangat jarang, dan keperluan untuk pendidikan dan kesedaran tidak boleh dipandang remeh,” kata Panos Englezos, Presiden TIF.

 

Salinan garis panduan ini dan lain-lain penerbitan TIF boleh didapati di thalassaemia.org.cy/list-of-publications

 

Tentang TIF

P

ersekutuan Antarabangsa Talasemia (Thalassaemia International Federation - TIF) adalah sebuah organisasi antarabangsa bukan untung, bukan kerajaan, yang bekerja dalam perhubungan rasmi dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak tahun 1996.

 

Ia adalah Persekutuan payung bagi 112 persatuan pesakit talasemia kebangsaan daripada 62 buah negara di seluruh dunia. Misinya ialah pembangunan dan penubuhan Program Kawalan Kebangsaan bagi pencegahan dan rawatan berkualiti talasemia dan gangguan hemoglobin lain di setiap negara yang terlibat.

 

TIF dalam mencapai misi dan matlamatnya, sejak tahun 1990 telah menubuhkan program pendidikan yang memberi tumpuan kepada keperluan pesakit, masyarakat perubatan dan masyarakat umum. Program ini diterima di peringkat antarabangsa dan diiktiraf bagi kandungan yang boleh dipercayai, dikemaskini dan berkualiti.

 

Dua tiang utama program pendidikan TIF adalah penganjuran acara di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa dan penyediaan, penterjemahan, penerbitan dan pengedaran bahan pendidikan. - Bernama

Unknown , Selasa, Jun 25, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog