KUALA LUMPUR, 7 Jun 2013 - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya membangunkan serta mempatenkan teknologi hijau bertaraf antarabangsa untuk merawat kayu getah menggunakan sistem pengeringan suhu tinggi (HTD).
Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod dalam satu kenyataan hari ini berkata sistem itu tidak memerlukan rawatan bahan kimia, malah ia boleh meningkatkan kestabilan kayu di samping mengurangkan masa pemprosesan.
Beliau berkata teknologi HTD merupakan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh industri kayu-kayan negara, terutama pengeluar perabot berasaskan kayu getah dalam menangani halangan serta syarat-syarat perdagangan yang semakin ketat yang ditetapkan oleh pelbagai negara maju untuk memastikan penggunaan produk lebih mesra alam.
"Teknologi ini semakin mendapat perhatian. Kami telah menerima banyak pertanyaan, terutama dari negara pengeluar kayu getah utama lain seperti China, Thailand dan India," katanya.
Beliau berkata FRIM akan menjalankan penyelidikan lanjut untuk menguji penggunaan sistem HTD terhadap spesies kayu lain termasuk Acacia dan kayu kelapa sawit.
"Saya percaya sistem HTD ini boleh digunakan untuk merawat spesies kayu lain.
Teknologi ini berpotensi menjadikan Malaysia antara negara pertama di dunia yang menawarkan kayu terawat yang selamat dan mesra alam," katanya.
Abd Latif berkata FRIM memperoleh paten untuk teknologi HTD dari Pejabat Paten dan Cap Dagang Amerika Syarikat (USPTO) pada Mac 2013, dan telah memfailkan paten di Malaysia dan enam negara lain iaitu Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, China dan India.
Satu jalinan kerjasama dengan Advanced Low Pressure System Sdn Bhd (ALPS) untuk mengkomersialkan teknologi HTD telah dilaksanakan dan syarikat tersebut telah menubuhkan dua unit sistem HTD di Telok Gong, Pelabuhan Klang.
"FRIM juga akan bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Majlis Kayu Kayan Malaysia untuk menganjurkan forum yang menyasarkan pengeluar perabot dan mereka yang terlibat dalam industri perkayuan untuk mempromosikan sistem HTD", katanya.
Sempena program itu, FRIM juga akan melancarkan tanda pensijilan HTD.
Abd Latif berkata sistem HTD ini dibangunkan dan ditambah baik sejak 10 tahun lepas oleh penyelidik FRIM, Choo Kheng Ten dan Dr Sik Huei Shing, yang memulakan projek tersebut sebagai respons kepada langkah Kesatuan Eropah (EU) yang melabelkan beberapa jenis bahan kimia rawatan kayu, terutama borates, dalam "Kategori repro toksik" di bawah Arahan Bahan Berbahaya 67/548.
Menurutnya kayu getah perlu dikering-tanur sebelum digunakan dalam pembuatan perabot atau komponen perabot bagi memastikan dimensi kayu stabil sebelum digunakan dalam pembuatan produk hiliran.
Lebih 90 peratus kilang pengeringan di rantau ini menggunakan sistem konvensional pemanas stim pada suhu di bawah 80°C, dan kayu perlu dirawat dengan bahan pengawet seperti borates untuk mencegah kulat dan serangan perosak, katanya.
Beliau berkata sistem HTD bukan sahaja dapat menghapuskan penggunaan bahan pengawet, malah masa kitaran pemprosesan juga dapat dikurangkan sebanyak lebih 75 peratus.
"Di samping itu, kualiti kayu getah dirawat menggunakan HTD didapati baik secara umumnya dan terbukti mempunyai kestabilan dimensi lebih tinggi berbanding kayu yang dirawat dengan kaedah konvensional", katanya.
Abd Latif berkata lebih 80 peratus eksport perabot Malaysia meliputi perabot diperbuat daripada kayu getah, dan kayu getah merangkumi hampir separuh daripada kayu-kayan yang digunakan dalam pembuatan perabot di Asia. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "