2+4 hrs...Twogether Fourever

/

CAP desak haram e-rokok

S M Mohamed Idris menunjukkan contoh e-rokok yang berada dalam pasaran pada sidang media di Georgetown, semalam. - Foto Ramdzan Masiam

 

GEORGETOWN, 25 Jun 2013 - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan segera mengharamkan penjualan rokok elektronik (e-rokok) di negara ini berikutan peningkatan penggunaan produk itu oleh belia.

 

Presidennya, S M Mohamed Idris, berkata perkembangan itu harus dipandang serius kerana produk yang dikatakan pengganti rokok tembakau itu didapati digunakan begitu meluas termasuk oleh pelajar dan wanita, malah lebih mengejutkan apabila kajian mendapati kira-kira 60 pelajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang menghisap e-rokok.

 

“Faktor tiada had umur dikenakan untuk membeli e-rokok yang juga mudah dibeli menerusi internet dan di pasar raya membuatkan pelajar mudah memilikinya... ini membimbangkan.

 

“Walaupun e-rokok dikatakan alternatif untuk mereka yang ingin berhenti merokok, ia sebenarnya akan mewujudkan ketagihan nikotin,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini semalam.

 

Beliau berkata, sudah sampai masanya Malaysia mengikut jejak Brazil, Norway, Colombia, Panama, Singapura dan Uruguay mengharamkan penggunaan produk berkenaan.

 

Mudarat kesihatan

“U

mum tahu e-rokok memudaratkan kesihatan, malah beberapa kajian menunjukkan kesan buruk penggunaan produk itu. Contohnya, kajian Universiti Athens di Greece membuktikan e-rokok boleh menyebabkan kerosakan paru-paru.

 

“Kajian oleh Pentadbiran Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (USFDA) ke atas 19 jenis katrij e-rokok pula mengesan ejen penyebab kanser di dalamnya,” katanya sambil menasihatkan ibu bapa turut memainkan peranan memantau anak mereka bagi mencegah penggunaan e-rokok.

 

Pada 21 Januari lalu, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan penjualan bahan dan produk e-rokok adalah satu kesalahan mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

 

Penjual dan pengedar produk itu dan cecair nikotin boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Unknown , Selasa, Jun 25, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog