2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Burung robotik 'ejen perang'

WASHINGTON, 7 Jun 2013 - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah membangunkan burung robotik yang realistik sehingga dapat memperdaya kawanan burung sebenar dan helang untuk menyerangnya di udara membolehkan ia menjadi ejen perang masa depan yang tidak dapat dikesan.

Robo-Raven dibangunkan dengan kerjasama pasukan penyelidik Universiti Maryland, termasuk saintis berasal dari India. Ia meluncur, melayang dan mengibaskan sayap seperti burung sebenar. Pengawalan penuh setiap sayap membolehkan aksi aerobatik ekstrim yang belum dapat dilakukan burung mekanikal lain sebelum ini, dakwa penyelidik dari Makmal Penyelidikan Tentera AS.

 

Bagaimanapun, kemampuannya bersembunyi pada pandangan biasa dan badannya yang ringan paling menyeronokkan penyelidik.

 

“Ia sudah menarik perhatian burung di kawasan ini yang cuba menyembunyikan kehadiran mereka,” kata jurutera mekanikal dengan Direktorat Teknologi Kenderaan di Aberdeen Proving Ground, John Gerdes.

 

Robo-Raven lebih senyap berbanding helikopter dan ia boleh menghampiri musuh tanpa mendedahkan kehadirannya. Ia diperbuat daripada gentian karbon. Kerangka geometrinya yang kompleks lebih pendek daripada dua kaki dan lebih ringan daripada tin soda.

 

Gerdes, calon doktor falsafah mula membina Robo-Raven pada 2008 sebagai sebahagian penyelidikan siswazah di Makmal Pembuatan Lanjutan Maryland yang memfokus kepada pembangunan aplikasi teknologi.

Manakala profesor kejuruteraan mekanikal, Dr SK Gupta mula menghasilkan burung robotik dengan kibasan sayap sejak hampir sedekad lalu. Gupta dan pelajar pascasiswazahnya bersama profesor kejuruteraan mekanikal Hugh Bruck, kali pertama berjaya mempamerkan burung dengan kibasan sayap pada 2007. - AP

 

Adam Merah , Sabtu, Jun 08, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog