2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Buasir: Wanita jangan malu

Ramai wanita yang menderita buasir berasa rendah diri dan malu.

 

B

UASIR atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

 

Buasir terjadi disebabkan  terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum sehingga menyebabkan dinding vena darah teregang atau membonjol. Kadangkala boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

 

Ramai beranggapan buasir adalah penyakit yang kerap menyerang lelaki, namun hakikatnya nisbah antara lelaki dan perempuan untuk menghidapinya adalah sama. Umumnya, penghidap buasir sering berasa rendah diri dan malu lebih-lebih lagi melibatkan wanita.

 

Kebanyakan wanita yang menderita penyakit ini selalu berlengah-lengah mendapatkan rawatan. Alasan malu berjumpa doktor dan diketahui umum menjadikan ramai antara mereka lebih senang mengambil rawatan dan pengubatan secara tradisional.

 

Sikap bertangguh dan hanya bergantung pada rawatan tradisional tanpa merujuk kepada doktor perubatan lebih pakar adalah tindakan kurang bijak.

 

Menerusi rawatan moden kini, pesakit buasir boleh sembuh sepenuhnya tanpa perlu menderita lama. Apa yang perlu diatasi adalah perasaan malu dan rendah diri.

JENIS BUASIR

 

·         Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah.

 

Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

 

·         Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

 

Gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya. (Sumber: Internet)

 

 

'Eh, bukan buasir, tapi salah makan...'

·         Pengambilan buah-buahan dan bijirin adalah amalan pemakanan yang sihat untuk pesakit buasir.

 


"T

AK nak, tak mahu jumpa doktor. Saya malu..." lirih suara Huda  merayu agar kami tidak terus memaksanya berjumpa doktor.

 

"Tapi tak boleh terus bertahan macam ni. Awak kena jumpa doktor. Lagipun, bukan pergi seorang diri kami teman awak. Jomlah..." pujuk seorang rakan sebilik.

 

Penulis juga sudah mati akal memujuk Huda. Setiap kali sakitnya menyerang, seakan kami sedang melihat satu beban paling azab. Tak sanggup rasanya melihat sahabat menderita sakit. Apatah lagi setiap kali berlaku, ia terjadi di depan mata!

 

Sejak mula mendaftar masuk sebagai pelajar universiti sehingga semester empat, kami bertiga masih digandingkan sebagai teman sebilik. Umpama adik-beradik, sakit pening sama-sama menanggung.

 

Empat bulan sebelum itu, Huda mengadu sakit setiap kali membuang air besar. Kami yang pada mulanya tidak tahu apakah jenis sakit dideritainya, mula mencari maklumat di internet.

 

Menerusi tanda-tanda yang diadukan Huda, ia amat hampir dengan simptom buasir. Maklumat diperoleh dikongsikan dengannya, tetapi dengan keras dia meningkah.

 

"Eh, taklah, saya tak percaya. Buasir selalunya lelaki yang kena. Awak salah tengok, cuma kebetulan," katanya.

 

"Lebih baik pergi jumpa doktor jika nak tahu sahih atau tidak awak kena buasir," cadang seorang rakan.

 

"Ish, tak mahulah!" tingkahnya pantas.

 

"Janganlah begini Huda, jomlah jumpa doktor. Kalau dibiarkan, bimbang lebih teruk," pujuk penulis.

 

"Saya tak mahu. Lagipun  malulah. Biar jelah, nanti baiklah ni. Ini bukan buasir, salah makan agaknya. Banyak makan pedas sebab itulah usus saya panas dan berdarah. Bukan buasir, bukan," katanya cuba meyakinkan kami.

 

"Ya lah, kita tak perlu pergi sekarang, tapi lain kali ya..." pujuk rakan kami.

 

"Tengoklah macam mana nanti," sahutnya acuh tak acuh.

 

"Mulai hari ini, awak kena jaga diet makanan. Jangan main makan saja," penulis berpesan.

 

"Ya lah... Eh, tapi jangan beritahu kawan lain. Saya tak nak  mereka fikir sama macam awak berdua, yang saya ni ada buasir. Ini cuma ada yang tak kena dengan usus saya," katanya sambil mencebek.

 

Kasihan melihat keadaan Huda, ada ketikanya dia tidak boleh duduk dengan betul malah ada waktunya tidur terpaksa meniarap. Kadang-kadang, sakitnya datang di awal pagi, dia akan ponteng kuliah, alasannya, susah nak duduk.

 

Setiap kali cadangan bertemu doktor diajukan, Huda lekas melenting. Melihat reaksinya, mungkin malu punca penghalang. Sebagai perempuan, pastinya sakit sebegini membuatnya berasa tertekan. Menolak bertemu doktor, Huda hanya mengamalkan beberapa petua tradisional sebagai usaha merawat.

 

Awal tahun lepas, penulis bertemu Huda sebaik dia kembali dari menamatkan pengajian. Namun, keinginan bertanyakan sakit buasir yang selalu dinafikannya 12 tahun lalu tidak terluah, cuma: "Awak sihat?" yang terlontar.


 

 

*Oleh SUHARNE ZAINUDIN, Sinar Harian, 24 Jun 2013

Unknown , Isnin, Jun 24, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog