P |
ENULIS telah mengunjungi beberapa tempat awam baru-baru ini dan mendapati ramai daripada anggota masyarakat mencari tempat berlindung daripada bahang panas akibat cuaca panas yang melanda sekarang ini. Premis awam itu termasuk beberapa pasar raya serta kompleks membeli-belah selain sebuah hospital dan beberapa medan selera.
Tetapi, beliau agak terperanjat bila mendapati ramai yang masih batuk dan bersin secara terbuka tanpa menutup hidung dan mulut mereka walaupun terdapat orang lain berdekatan.
"Mungkin ada yang tidak menjaga perangai dan menghormati orang lain bila berada di tempat awam," penulis terdengar komen daripada seseorang yang berada di sebuah medan selera di ibu kota.
"Mereka juga tidak sedar atau malas nak ambil tahu bahawa penyakit pernafasan boleh berjangkit melalui batuk dan bersin mereka," kata beliau.
Tambah lelaki itu lagi: "Agaknya mereka dah lupa tentang wabak SARS dan selesema burung".
SARS
M |
enurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Sindrom Pernafasan Sangat Akut (SARS) adalah satu penyakit respiratori disebabkan virus dalam manusia.
Antara November 2002 dan Julai 2003, berlaku satu wabak SARS di China Selatan dan kemudiannya Hong Kong yang hampir-hampir menjadi pandemik dengan 8,273 kes dan 775 kematian di seluruh dunia.
Dalam masa hanya beberapa minggu pada awal tahun 2003, SARS merebak dari Hong Kong dan menjangkiti orang ramai di 37 negara termasuk Malaysia di mana kes kematian pertama yang bersangkut-paut dengan SARS dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan pada 5 April, 2003.
Menurut WHO penyakit SARS tidak terhapus dibandingkan penyakit lain seperti cacar kerana virus penyebab masih di populasi haiwan dan boleh menjangkiti populasi manusia.
SELESEMA H1N1
P |
ada April 2009, sejenis virus baru H1N1 telah mencul yang mengandungi kombinasi virus influenza babi, burung dan manusia.
Menurut Kementerian Kesihatan, pada masa-masa yang lampau selesema babi hanya menjangkiti mereka yang berhubung secara langsung dengan haiwan itu seperti penternak dan pekerja ladang babi.
Virus baru ini dikatakan agak ganjil kerana ia boleh merebak kepada manusia yang tidak langsung menghampiri babi.
Selesema jenis ini yang mula muncul di Mexico, telah mula melepasi sempadan negara dan lautan dan menjangkiti mereka yang berada di negara dan benua lain.
Selesema babi mudah berjangkit dan pihak berkuasa kesihatan percaya cara virus ini merebak adalah sama dengan cara jangkitan virus selesema yang bermusim.
Bila individu yang dijangkiti selesema babi itu batuk atau bersin, mereka melepaskan ratusan titisan cecair yang mengandungi virus itu ke udara.
Sesiapa yang terkena titisan cairan ini atau telah menyentuh permukaan yang terkena virus seperti tombol pemegang pintu atau sinki mungkin dijangkiti selesema ini.
Individu yang dijangkiti selesema babi mudah menjangkiti orang lain dari hari pertama beliau dijangkiti sehingga tujuh hari selepas beliau menunjukkan simptom selesema itu. Bagi orang dewasa tempoh ini adalah tujuh hari manakala kanak-kanak pula jarak masanya ialah 10 hari.
Bagi menghalang jangkitan, adalah penting mengetahui bagaimana jangkitan boleh berlaku.
JANGKITAN
M |
enurut pakar-pakar perubatan, jangkitan disebabkan bakteria, virus dan organisme mikrioskopik yang lain.
Kuman-kuman ini wujud di alam sekeliling (air, udara dan tanah) selain dari tubuh manusia sendiri. Kuman juga wujud dalam sekresi badan serta cairan yang timbul daripada pernafasan, batuk dan bersin.
Sememangnya jangkitan boleh berlaku dalam pelbagai cara dan satu daripada kaedahnya adalah melalui 'titisan cairan'.
Pegawai kawalan Jangkitan di sebuah hospitall di sini, S T Lim menjelaskan bahawa kuman yang menyebabkan sakit tekak dan selesema wujud dalam air liur dan cairan yang keluar dari hidung.
Bila mereka yang mengalami selesema itu batuk atau bersin tanpa menutup mulut dan hidung, mereka akan menyebarkan ratusan titisan cairan dari sistem pernafasan mereka dan titisan ini mengandungi kuman.
Kuman ini boleh memasuki sistem pernafasan orang lain dan menyebabkan mereka juga dijangkiti virus selesema. Sesetengah virus ini juga boleh hidup dalam alam sekeliling selama beberapa hari. - Bernama, 10 Jun 2013

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "