2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 7:58 PM

17Isnin,Jun

Bantah serah Edward Snowden

Penunjuk perasaan berarak ke Konsulat Amerika bagi menyokong Snowden di Hong Kong, kelmarin.

 

HONG KONG, 17 Jun 2013 - Separuh daripada penduduk Hong Kong tidak mahu pihak berkuasa mengekstradisi bekas perisik, Edward Snowden, ke Amerika Syarikat.

 

Keputusan itu berdasarkan satu kajian pendapat yang disiarkan semalam, sehari selepas beratus-ratus orang keluar menunjukkan sokongan kepadanya.

Kajian pendapat Sunday Morning Post mendapati, sejumlah 49.9 peratus merasakan Snowden tidak sepatutnya dihantar pulang sekiranya Washington memfailkan ekstradisi.

 

Snowden masuk ke Hong Kong selepas mendedahkan program pemantauan besar-besaran Amerika menerusi internet kepada akhbar.

 

17.6 peratus sokong ekstradisi

K

ajian dijalankan oleh Pusat Kajian Pendapat Umum dan Komunikasi di Universiti China itu juga mendapati hanya 17.6 peratus atau 509 responden menyokong ekstradisi manakala 32.4 peratus tidak memihak.

 

Keputusan kajian itu dibuat selepas demonstrasi besar-besaran Hong Kong mengenai isu itu yang menyaksikan beratus-ratus orang berhimpun dalam hujan kelmarin, bagi menyokong Snowden, 29, di luar konsulat Amerika dan ibu pejabat kerajaan.

 

Hong Kong, bekas tanah jajahan British menjalankan sistem perundangan berasingan apabila diserahkan untuk pemerintahan China pada 1997.

 

Ia juga mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Amerika tetapi Beijing boleh menggunakan kuasa veto untuk sebarang tindakan.

 

Penganalisis berkata, sentimen umum boleh memainkan peranan utama dalam keputusan akhir bandaraya terbabit.

 

“Pendapat umum di Hong Kong kelihatan menentang kerajaan Amerika kerana pendedahan Snowden mengenai pencerobohan komputer Amerika turut membabitkan penduduk Hong Kong,” kata penganalisis, Sonny Lo.

 

“Pendapat umum ini termasuk pada peringkat ini, membabitkan golongan demokrat dan aktivis pro Beijing,” kata Lo yang juga ketua Jabatan Sains Sosial di Institut Pendidikan Hong Kong.

 

Jika demikian, politik menghalang Snowden daripada dihantar pulang ke Amerika sudah bermula, katanya. - AFP

 

 

Unknown , Isnin, Jun 17, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog