2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 13 Mac 2025   
@ 14 Ramadan 1446H / 11:20 PM

8Sabtu,Jun

AS intip guna internet

Washington lakukan apa saja tingkat keselamatan

 

WASHINGTON, 7 Jun 2013 - Agensi perisikan Amerika Syarikat melakukan intipan ke atas sembilan pelayan gergasi internet termasuk Apple, Facebook, Microsoft dan Google dalam satu program anti-pengganas besar-besaran menyasarkan rakyat asing, kata laporan semalam.

 

Pengarah Perisikan Kebangsaan, James Clapper bagaimanapun mengemukakan bantahan terhadap pendedahan itu dan memberi amaran pendedahan mengenai satu lagi program mengumpul rekod telefon boleh menjejaskan keselamatan Amerika Syarikat.

Demi keselamatan negara

R

umah Putih yang berhadapan kontroversi berikutan skala dan skop program pemantauan sulit bagaimanapun menafikan kerajaan mengintip rakyat negaranya sebaliknya menegaskan mereka perlu menggunakan apa juga kaedah yang ada untuk memastikan keselamatan negara.

 

Washington Post yang memetik seorang pegawai risikan, berkata Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mempunyai akses secara terus ke atas firma pelayan internet untuk menjejaki kehadiran individu melalui audio, video, gambar dan e-mel.

 

Beberapa firma besar di Lembah Silikon yang terbabit dalam program dikenali sebagai PRISM itu termasuk Microsoft, Yahoo, Google, Facebook, Appel, PalTalk, AOL, Skype dan YouTube, kata laporan terbabit.

 

Akhbar itu berkata, kebocoran daripada pegawai risikan yang terbabit dalam sistem ini menjejaskan keupayaan mereka.

 

“Mereka hampir boleh melihat bentuk idea anda ketika anda menaip,” kata pegawai terbabit.

 

Gergasi internet berkenaan bagaimanapun menafikan mereka sengaja membuka pintu kepada agensi risikan Amerika Syarikat.

 

“Kami tidak pernah mendengar PRISM,” kata jurucakap Apple, Steve Dowling.

 

Tiada akses terus

“K

ami tidak memberikan mana-mana agensi kerajaan akses secara terus kepada pelayan kami dan sebarang agensi kerajaan yang mahukan data pelanggan perlu mendapatkannya melalui satu perintah mahkamah.”

 

Ketua pegawai keselamatan Facebook, Joe Sullivan berkata rangkaian sosial besar itu tidak memberikan sebarang akses kepada pertubuhan kerajaan.

 

Google dan Microsoft juga berkata, mereka hanya mendedahkan apa yang dituntut mengikut undang-undang. - AFP

Adam Merah , Sabtu, Jun 08, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog