P |
ADA 2006, Israel membedil ratusan mortar menyasarkan Hizbullah dan beberapa pertubuhan militan Lubnan selama 34 hari.
Bagaimanapun, tindakan kurang bijak tentera Yahudi itu tidak berjaya selepas puluhan kereta perisai mereka dimusnahkan oleh peluru anti kereta perisai sejurus memasuki selatan Lubnan.
Sejak berakhirnya perang yang dimulakan sendiri oleh rejim, Israel menuduh Hizbullah sebagai pembekal ribuan peluru berpandu kecil dan sederhana yang mana telah dibekalkan melalui Syria.
Dakwaan yang tidak pernah lenyap itu berlarutan sehingga ke hari ini di mana tentera Zionis dengan sekerasnya melancarkan serangan membabitkan apa-apa jua misi atau aktiviti dipercayai sebagai penghantaran senjata kepada Hizbullah atau kumpulan pengganas dari bumi Syria.
Tegas Israel, jika mereka tidak bertindak demikian, kerajaan haram yang dibina sejak sekian lama bakal diancam serangan anti-Yahudi.
"Kami memerhati setiap pergerakan keluar dan masuk membabitkan penghantaran senjata dari Syria," kata pegawai kanan pertahanan Israel.
Ahli Parlimen Israel, Shaul Mofaz sewaktu ditemu bual Radio Ketenteraan Israel berkata, serangan yang dilancarkan baru-baru ini ke wilayah Syria bukanlah tindakan campur tangan Zionis.
Malah dakwanya, ia adalah sebagai tindakan melindungi daripada serangan militan Lubnan. Mofaz turut menuduh Hizbullah sebagai punca pergolakan atau perang saudara yang tercetus di Syria sejak dua tahun lalu.
Mendapat sokongan sekutu
S |
eperti yang kita sedia maklum, tindakan Israel terhadap Syria sudah mendapat lampu hijau daripada sekutunya, Amerika Syarikat (AS).
Presiden AS, Barack Obama dalam satu kenyataan berkata, rejim Zionis berhak untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap jirannya itu.
"Saya akan membenarkan kerajaan Israel melancarkan serangan atau apa sahaja tindakan demi kebaikan mereka.
"Saya tidak akan mengulangi apa yang telah diperkatakan dan sentiasa percaya bahawa Israel berhak menentang apa jua tindakan pemindahan senjata terhadap organisasi pengganas seperti Hizbullah," kata Obama.
Sementara itu, Senator Republikan, John McCain menggesa sokongan tambahan terhadap kuasa-kuasa anti-rejim tentera di Syria.
"Kini kita perlu melaksanakan serangan balas dan AS berperanan memastikan adanya zon selamat bagi melindungi bekalan senjata yang bakal diberikan kepada penduduk Syria.
"Setiap hari, Hizbullah meningkatkan pengaruh mereka dengan jihad radikal ke dalam Syria sekali gus menambah ketegangan seluruh negara," katanya.
Dunia kutuk tindakan Zionis
S |
ejurus Kabinet menamatkan mesyuarat tergempar, Menteri Informasi Syria, Omran al-Zoubi mengumumkan bahawa serangan rejim Israel yang mengenai Pusat Penyelidikan Ketenteraan Jamraya dan sekumpulan konvoi bersenjata ke Hizbullah sebagai 'membuka luas pintu untuk semua kemungkinan'.
Namun, beliau masih enggan mendedahkan kemungkinan itu.
Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Elaraby pula, mengutuk tindakan tentera rejim sekali gus menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan arahan agar Israel menghentikan serangan mereka.
Gesaan Elaraby turut mendapat sokongan negara-negara Islam lain termasuk Iran.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "