2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tempat kerja berpotensi untuk gemuk?

P

asti ramai yang tidak mengetahui bahawa pejabat adalah tempat berpontensi untuk anda gemuk. Ini kerana terdapat banyak sebab, berat badan anda boleh naik ketika berada di pejabat. Salah satunya anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat berasa lapar.

Menurut sebuah buku 'The Snack Factor Diet', ketika anda lapar, gula darah akan rendah dan ini akan menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek.

 

Makan tengahari di luar juga boleh menjadi masalah kepada anda kerana anda tidak tahu berapa kalori yang anda makan. Oleh itu, ia akan menjadi punca kepada masalah berat badan kepada anda.

 

Di sini kami ingin berkongsi langkah-langkah untuk anda mengatasi masalah ini dan mengubah pola hidup yang lebih sihat.

 

KURANGKAN MAKANAN RINGAN

W

alaupun snek seperti biskut dan kerepak memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang.

 

KURANGKAN TEH ATAU KOPI

M

inum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat dan kurang gula seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah.

 

MINUM BANYAK AIR MINERAL

W

alaupun anda akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air, tetapi jika anda minum air mineral yang banyak anda akan dapat mengelak dari mendapat sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam.

 

ELAK MAKAN MALAM

M

akanlah di restoran bersama kawan selepas habis masa kerja. Jika tunggu sehingga sampai rumah, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur.

 

ELAK MAKAN BANYAK PADA HUJUNG MINGGU

S

ukses menjalani diet selama hampir seminggu tidak bermakna anda boleh makan sepuasnya pada hujung minggu. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda.

 

Diharap dengan tip-tip yang diberikan ini dapat membantu anda dapat menjaga kesihatan tubuh badan anda. Selamat mencuba!

 


*Sumber diambil dari Dzamira Dzafri | Tupai

Adam Merah , Rabu, Mei 29, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog