GAMBAR menunjukkan syiling yang mempunyai tulisan seperti huruf Arab yang ditemui di utara Australia.
LONDON, 21 Mei 2013 - Lima syiling tembaga yang mempunyai perkataan seperti tulisan Arab yang ditemui di utara Australia pada tahun 1944 dipercayai berasal dari Afrika, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.
Sekumpulan penyelidik dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat kini mahu mencari jawapan bagaimana syiling berusia ribuan tahun itu boleh berada di Australia.
Menurut kajian mereka, Australia mungkin telah ditemui enam abad sebelum seorang penjelajah terkenal dari Britain, Kapten James Cook tiba pada tahun 1770.
Warga Eropah yang terawal tiba di Australia sebelum Cook ialah seorang ahli pelayaran dari Belanda, Willem Janszoon pada tahun 1606.
Penduduk asli Australia pula dipercayai tiba di Australia dengan perahu dari Kepulauan Melayu antara tahun 40,000 hingga 60,000 tahun lalu.
Ketua penyelidik itu, Ian McIntosh dari Australia menyatakan, syiling itu ditemui oleh seorang askar, Maurie Isenberg pada tahun 1944 semasa Perang Dunia Kedua.
Isenberg bertugas di Kepulauan Wessel di pantai utara Australia. Askar Australia itu menemui syiling tersebut tertanam di dalam pasir.
Pada tahun 1979, Isenberg menghantar syiling tersebut ke sebuah muzium Australia supaya kajian dibuat tentang bagaimana ia boleh tiba di utara negara itu.
Isenberg juga menemui empat syiling pada era Syarikat Hindia Timur Belanda.
Penemuan itu menyokong dakwaan bahawa penjelajah Belanda menemui Australia lebih awal daripada Cook.
McIntosh percaya, syiling itu mungkin memberi petunjuk bahawa terdapat laluan perdagangan yang menghubungkan timur Afrika, Arab, India dan Kepulauan Spice lebih 1,000 tahun lalu.
Syiling itu mungkin berasal dari bekas Kesultanan Kilwa di Afrika. Kilwa mempunyai pelabuhan perdagangan dan mempunyai hubungan dengan India pada abad ke-13 hingga ke-16. Ia terletak di sebuah pulau di Tanzania.
Syiling itu mungkin wujud sejak tahun 900 Masihi.
Jika teori itu benar, ia bermakna terdapat peradaban lain yang telah membuat hubungan dengan penduduk Australia enam abad sebelum warga Eropah tiba.
Teori lain ialah syiling tersebut mungkin dihanyutkan ke pantai selepas sebuah kapal karam.
Namun, McIntosh akan melancarkan ekspedisi ke kepulauan itu pada Julai depan untuk melakukan kajian tentang bagaimana syiling tersebut boleh berada di Australia. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "