HELSINKI, 26 Mei 2013 - Suntikan selesema pandemik H1N1 keluaran GlaxoSmithKline Plc’s mungkin meletakkan golongan dewasa berisiko tinggi mendapat narkolepsi (cenderung untuk tidur), bukan hanya kanak-kanak seperti yang dinyatakan dalam kajian sebelum ini, kata Institut Kesihatan dan Kebajikan Kebangsaan Finland semalam.
Bukti meningkat kaitan antara vaksin Pandemrix keluaran GSK dan peningkatan dalam narkolepsi, sejenis gangguan tidur jarang berlaku di kalangan kanak-kanak yang mengambilnya di Eropah melambatkan kelulusan vaksin sama di Amerika Syarikat.
14 kali ganda risiko
D |
ata diterbitkan tahun ini dalam Jurnal Perubatan British mendapati kanak-kanak di England yang mendapat suntikan Pandemrix ketika pandemik selsema babi H1N1 2009-2010 mempunyai 14 kali ganda risiko lebih tinggi mendapat narkolepsi, bersamaan kira-kira satu bagi setiap 50,000 orang.
Institut Kebangsaan Finland berkata satu analisis di hospital dan data penjagaan utama di Finland mendapati bahawa golongan berusia antara 20 dan 64 tahun yang menerima Pandemrix adalah tiga hingga lima kali ganda berisiko mendapat narkolepsi berbanding golongan yang tidak diberi vaksin.
Narkolepsi adalah gangguan tidur sepanjang hayat, tanpa penawar dan berpotensi melemahkan, sekali gus mencetuskan halusinasi, sering mengantuk pada waktu siang dan katapleksi, di mana emosi yang kuat menyebabkan kekuatan otot menjadi lemah secara tiba-tiba dan pesakit akan rebah. - Reuters

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "