Kepakaran semut dalam menggunakan sesungut mereka untuk menyelamatkan diri ketika jatuh memberi idea kepada saintis untuk mencipta robot.
LONDON, 26 Mei 2013 - Kajian ke atas pergerakan barisan semut melalui ruang yang tertutup, kini dijadikan asas untuk membantu mencipta robot yang boleh melakukan tugas mencari dan menyelamat, kata sekumpulan saintis Amerika Syarikat.
Sepasukan saintis dari Institut Teknologi Georgia mendapati semut api boleh menggunakan sesungut mereka sebagai ‘anggota tambahan’ untuk menyambut diri sendiri jika mereka terjatuh dan boleh membina terowong stabil dalam pasir yang longgar.
Kamera berkelajuan tinggi
P |
enyelidik menggunakan kamera berkelajuan tinggi untuk merakamkan secara terperinci tingkah laku semut terbabit.
Dr Nick Gravish yang mengetuai kajian mereka bentuk ‘ladang semut gred saintifik’ membolehkan semut mengorek melalui pasir yang terperangkap antara dua plat kaca, jadi setiap terowong dan setiap pergerakan boleh dilihat dan difilemkan.
“Semut ini didapati bergerak dengan kelajuan tinggi. Jika anda perlahankan pergerakan (anda akan lihat) ia bukanlah pergerakan kerana ia banyak terjatuh dan tergelincir.”
Serangga terbabit mampu bangkit dengan cepat setiap kali terjatuh.
U |
ntuk melihat bagaimana mereka dapat melakukannya, pasukan berkenaan membina eksperimen kedua untuk menggerakkan mereka dari sarang ke sumber makanan, di mana semut terbabit perlu melintasi laluan berselirat terowong berkaca licin.
“Kita boleh lihat melalui terowong kaca semua bahagian badan yang bergerak apabila semut memanjat dan terjatuh atau tergelincir,” kata Dr. Gravish.
Spesies berjaya
S |
emut api mampu melalui sebarang jenis tanah, satu sebab utama kenapa mereka adalah spesies yang berjaya.
Penyelidik terkejut melihat semut terbabit tidak hanya menggunakan kaki mereka untuk menyambut diri mereka daripada terjatuh tetapi juga menggunakan sesungut, yang biasanya digunakan untuk mengesan bau, sebagai anggota tambahan untuk menyokong berat badan mereka.
Akhir sekali penyelidik melihat laluan tersembunyi yang dibina semut di bawah tanah, jadi mereka meletakkan semut di dalam bekas penuh pasir atau tanah dan membiarkan mereka mengorek.
Mereka kemudian membina ‘pengimbas CT X-Ray buatan’ sama seperti pengimbas perubatan, untuk merakamkan imej 3D terowong yang digali semut dalam tanah yang berbeza. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "