2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 11:02 AM

28Selasa,Mei

'Sanggup sakit untuk cantik'

SEOUL, 28 Mei 2013 - Ketaksuban penduduk Korea Selatan terhadap pembedahan plastik sudah melepasi keghairahan mencantikkan mata dan hidung sebaliknya sanggup menempuh prosedur radikal yang memerlukan masa berbulan-bulan untuk sembuh daripada kesakitan.

Senarai selebriti yang bercerita di televisyen bagaimana ia memberikan kehidupan baru kepada mereka, manakala iklan yang memuji manfaat kosmetik ada di mana-mana daripada papan tanda di tepi jalan sehingga stesen kereta api bawah tanah, majalah dan laman web popular.
Namun, tiada apa yang menarik sebenarnya mengenai pembedahan rahang berganda.

Prosedur radikal memulihkan kecacatan wajah kongenital di kalangan mereka yang tidak boleh mengunyah dengan sempurna itu membabitkan penyusunan semula rahang atas dan bawah.

Hasil prosedur memotong tulang itu kerap menghasilkan rahang lebih nipis dan itu yang menarik perhatian industri kecantikan Korea Selatan.

Wajah kecil dengan dagu berbentuk V dan rahang dianggap petanda kecantikan penuh feminin bagi kebanyakan penduduk Asia Timur itu, bersama-sama hidung mancung dan mata besar.
Perubahan mendadak
Pembedahan ini mengubah suai penampilan anda lebih mendadak berbanding Botox atau prosedur hidung kerana ia mengubah keseluruhan struktur tulang muka.

Namun ia amat kompleks, pembedahan yang berpotensi bertukar menjadi bahaya. Agak mengganggu apabila melihat orang ramai yang tidak mempunyai kecacatan gigi berani mengharunginya semata-mata untuk memiliki wajah kecil dan cantik,” kata profesor pergigian di Universiti Kebangsaan Seoul, Choi Jin-Young.

Prosedur yang membabitkan penggunaan bius dan mengambil masa berbulan untuk sembuh, memberi risiko komplikasi termasuk kebasatau lumpuh.

Data daripada Persatuan Pakar Bedah Plastik Aestetik Antarabangsa, menunjukkan Korea Selatan mempunyai antara kadar perkapita tertinggi prosedur pembedahan plastik di dunia.

Persaingan sengit di kalangan ramai pakar bedah plastik mendorong sebahagiannya mempromosikan prosedur lebih radikal yang tidak ditawarkan pakar lain.

Selebriti dibayar doktor
Sebilangan selebriti, sebahagiannya dilaporkan dibayar oleh doktor, menjalani pembedahan rahang berganda dan kemudian muncul di televisyen menyatakan ia adalah titik peralihan dalam kerjaya dan kehidupan peribadi mereka.

Kajian baru-baru ini menganggarkan perangkaan tahunan pada kadar 5,000 tetapi ia tidak membezakan antara prosedur kosmetik dan perubatan. - Agensi
Adam Merah , Selasa, Mei 28, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog