/

Pesakit derita rosak buah pinggang meningkat

KUALA TERENGGANU, 12 Mei 2013 – Penyakit kencing manis dan juga tekanan darah tinggi adalah antara penyumbang utama menyebabkan kegagalan buah pinggang.

 

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr Mohd Jusoh berkata, apa yang membimbangkan, kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala semasa peringkat awal atau dikenali sebagai ‘silent disease’.

 

Menurutnya, sebab itu penting bagi pesakit yang berisiko tinggi menjalani saringan supaya ia dapat dikesan sebelum berada di peringkat lebih teruk sehingga memerlukan rawatan dialisis.

 

Saban tahun, bilangan rakyat yang menderita penyakit kegagalan fungsi buah pinggang semakin meningkat. Penyakit kencing manis dan juga tekanan darah tinggi adalah antara penyumbang utama menyebabkan penyakit kegagalan buah pinggang terutama mereka yang berumur 40 tahun ke atas.

 

“Di Terengganu sendiri, pada 2011, sebanyak 55,630 rawatan hemodialisis telah dijalankan dan jumlah itu meningkat kepada 65,129 pada 2012, sementara jumlah pesakit Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD), iaitu dialisis yang tidak menggunakan mesin dan dilakukan sendiri, pada 2011 adalah seramai 141 orang dan telah meningkat kepada 215 (pesakit) pada 2012.

 

“Sehingga April 2013, terdapat 226 pesakit CAPD dan peningkatan jumlah dijangka berterusan sekiranya langkah penjagaan kesihatan tidak diutamakan,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Negeri Terengganu yang bertemakan ‘Cegah Kerosakan Buah Pinggang Akut, Lindungi Buah Pinggang Anda’ di Dataran Batu Burok, di sini, semalam.

 

Beliau hadir mewakili Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Anwa Sulaiman.

Mengulas lanjut, Mohd berkata, antara punca kerosakan buah pinggang akut adalah jangkitan kuman yang teruk, kehilangan darah atau kekeringan air serta amalan pengambilan ubatan atau herba yang tidak diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Menurutnya, pelbagai usaha telah diadakan oleh KKM untuk mengurangkan peningkatan itu termasuk menerbitkan secara rasmi garis panduan Amalan Klinikal Mengenai Pengurusan Penyakit Buah Pinggang Kronik dengan tujuan menangani masalah buah pinggang dan memperkukuhkan pengurusan rawatan pesakit khususnya di peringkat penjagaan komuniti.

 

Namun begitu, penglibatan secara menyeluruh masyarakat untuk mencegah penyakit buah pinggang ini adalah perlu termasuk dengan amalan gaya hidup sihat seperti mengamalkan pemakanan seimbang dan meningkatkan  aktiviti fizikal seperti senaman, yang masih lagi merupakan langkah praktikal dan penting bagi menangani penyakit berkenaan.

Unknown , Isnin, Mei 13, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog