2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 1 April 2025   
@ 3 Syawal 1446H / 2:23 PM

13Isnin,Mei

Perak Man pulang ke Lenggong

LENGGONG, 12 Mei 2013 – Kerangka Manusia Perak atau Perak Man dijangka dapat dibawa pulang semula ke negeri ini dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, buat masa ini, pihaknya sudah mendapat persetujuan daripada kerajaan untuk membawa pulang rangka sebenar Perak Man yang kini ditempatkan di Muzium Negara di Kuala Lumpur ke Lenggong.

 

Menurutnya, persiapan rapi termasuk proses penyediaan prasarana mencukupi bagaimanapun perlu disiapkan terlebih dahulu, termasuk proses ubah suai dan pembinaan bangunan tambahan di Galeri Arkeologi.

 

Ini yang sedang kita lakukan. Proses perancangan serta cadangan semua telah dibuat dan kini berada dalam peringkat pelaksanaan.

 

“Semua berjalan seperti yang kita rancang. Insya-ALLAH dalam tempoh satu atau dua tahun ini, kita dapat bawa balik Perak Man ke negeri ini,” katanya pada sidang media, semalam.

 

Beliau berkata, usaha membawa pulang Perak Man mendapat perhatian dan kerjasama baik semua pihak termasuk Jabatan Warisan Negara dan kerajaan negeri yang membentuk sebuah jawatankuasa khas.

 

Kata beliau, Jawatankuasa Pemandu Lembah Lenggong Warisan Dunia yang dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bertanggungjawab menyusun dan merangka semua persiapan.

 

Beliau mahu kepulangan Perak Man ke Lenggong bukan hanya membantu meningkatkan industri pelancongan dan penyelidikan di sini, tetapi memberi impak besar kepada penduduk dalam usaha memacu ekonomi setempat.

 

Sejak mendapat pengiktirafan daripada Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu), kita dapat kesan berlaku peningkatan dari segi jumlah pelancong, boleh dikatakan setiap hujung minggu, lokasi penginapan di sini penuh.

 

“Jadi dalam rangka membawa pulang Perak Man, kita juga sedang bangunkan beberapa lokasi penginapan dan pakej-pakej tertentu termasuk pemasaran produk tempatan sedia ada.

 

“Kita tidak mahu, mereka datang hanya untuk melihat Perak Man. Sekurang-kurangnya ada tarikan lain boleh diketengahkan dan menyumbang kepada pembangunan setempat. Hasrat kita mahu jadikan kawasan ini sebuah lokasi pelancongan dan penyelidikan bertaraf dunia,” katanya.

 

Pada 30 Jun lepas, warisan arkeologi Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Unesco, satu pengiktirafan yang mengukir nama negara dalam peta arkeologi dan pelancongan dunia.

 

Penyenaraian itu menjadikan kawasan berkenaan tapak Warisan Dunia ke-953 dan Tapak Warisan Dunia keempat di Malaysia selepas Melaka serta George Town di perairan Selat Melaka, Taman Negara Gunung Mulu di Sarawak dan Taman Kinabalu di Sabah.

 

Terdahulu, Shamsul merasmikan Kempen Warisan Lenggong anjuran penuntut tahun akhir Komunikasi Pemujukan, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM).

 

Program dengan kerjasama KPerak itu antara lain bagi meningkatkan kesedaran terutama dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan menghargai warisan dan peninggalan sejarah di Lenggong.

 

Marjaki Rawo , Isnin, Mei 13, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog