/

Penyelidik USM hasilkan kit pengesan DNA khinzir

GEORGETOWN, 21 Mei 2013 - Produk hasil penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) 'Porcine DNA Detection Kit' mampu mengesan DNA khinzir dalam daging mentah dan produk daging diproses seperti sosej dan burger.

 

Penyelidik dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM, Prof Tang Thean Hock berkata produk itu yang kini dalam proses permohonan paten amat sesuai digunakan untuk ujian pensijilan perindustrian halal di Malaysia.

 

"Harga kit dianggarkan RM500 yang boleh digunakan bagi menguji 50 sampel. Setakat ini terdapat lima syarikat telah menyatakan minat untuk memasarkan kit ini tetapi masih di peringkat perbincangan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.   

Produk itu yang dihasilkan oleh Tang bersama dua lagi penyelidik iaitu Siti Aminah dan Lee Li Pin menang pingat emas pada Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 yang diadakan di Kuala Lumpur dari 9 hingga 11 Mei lepas.

 

Tang berkata kit itu mampu menggandakan DNA khinzir dalam satu-satu produk, sekali gus dapat menghasilkan keputusan tepat pada kos lebih murah berbanding penggunaan mesin 'mass spectrometer'.

 

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia biasanya akan menghantar sampel ke Jabatan Kimia untuk diuji menggunakan mesin 'mass spectrometer' yang berasaskan ujian kimia dan kosnya lebih tinggi", katanya.

 

Menurut Tang, kit yang dihasilkannya adalah berasaskan ujian biologi dan pengekstrakan DNA menggunakan kit itu mengambil masa lebih kurang lapan jam dan tindak balas rantai polymerase (PCR) mengambil masa dua jam 30 minit.

 

"Bagi setiap sampel, ia akan mengambil masa lebih kurang 10 jam 30 minit untuk mendapatkan keputusan", katanya.

 

Menurutnya sekalipun ada produk serupa di pasaran, kit yang dihasilkannya mempunyai kelebihan iaitu mampu mengesan dan mengamplifikasikan jujukan DNA berulang dalam khinzir, menjadikannya lebih sensitif dan spesifik.

 

Katanya kit itu juga mempunyai ujian kawalan dalaman sebagai kawalan mutu bagi mendapat keputusan jitu dan tepat serta merupakan produk '2 dalam 1' yang mengandungi kaedah pengekstrakan DNA mudah dan mantap, tidak terdapat dalam kit pesaing. - Bernama

Unknown , Selasa, Mei 21, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog