NEW YORK, 20 Mei 2013 - Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31 bilion).
Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan tersebut berlaku.
Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir.
Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun. Dia mencipta laman tersebut di sebuah unit apartmen kecil milik ibunya pada tahun 2007.
Sebelum ini, laman tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion).
Karp tinggal di sebuah apartmen yang sederhana bersama kekasihnya, Rachel Eakley yang merupakan seorang lulusan universiti dan chef. Dia kemudian berpindah ke sebuah apartmen mewah bernilai AS$1.6 juta (RM4.82 juta) di Williamsburg, Brooklyn.
Syarikat Yahoo! turut mendedahkan tentang urus niaga itu menerusi ketuanya, Marrisa Mayer semalam.
Pada minggu lalu, kedua-dua buah syarikat itu mengesahkan spekulasi berhubung wujudnya perikatan melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, Tumblr dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bebas selepas penjualan tersebut.
"Tumblr merupakan rangkaian media yang berkembang dengan pesat di dunia.
"Ia memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengguna Yahoo!," kata Mayer. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "