Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 12:55 PM

21Selasa,Mei

PDRM : Masalah Kewangan Antara Punca individu Terlibat Dalam Jenayah

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2013 - Masalah kewangan dan keinginan untuk hidup mewah dengan jalan mudah dikenalpasti sebagai antara punca sesetengah individu terlibat dalam kegiatan jenayah, termasuk dengan menyertai kumpulan kongsi gelap.

 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata risikan polis menunjukkan ada sesetengah anggota kumpulan kongsi gelap itu pula bersedia menjadi pembunuh upahan, semata-mata mahu melangsaikan hutang.

 

"Siasatan polis dalam kes pembunuh upahan ini termasuk membabitkan penggunaan senjata api, lazimnya akan mendapati suspek ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap selain mempunyai rekod jenayah lampau", katanya kepada Bernama, Selasa.

 

Menurut Mohd Bakri, pembunuh upahan akan terus wujud selagi ada pihak yang bersedia membayar upah dan kebiasaannya kes sedemikian bermotifkan dendam.

Sementara itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar melihat sikap tamak menyebabkan seseorang individu atau kumpulan berani melakukan jenayah menggunakan senjata api.

 

"Selalunya ahli kongsi gelap yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk musuhnya akan bertindak mengupah orang lain untuk membunuh musuhnya tanpa berperikemanusiaan.

 

"Mereka ini (ahli kongsi gelap) akan melakukan jenayah terancang dengan mengetahui segala butiran mengenai musuhnya bagi memudahkan kerja (bunuh)," katanya.

 

Menurut Akhbar, penjenayah terbabit tahu hukuman yang menunggu mereka jika tertangkap dan disabitkan kesalahan, namun nafsu terhadap duit dan kemewahan mengatasi rasa takut dikenakan tindakan undang-undang.

 

Beliau juga bersetuju selain mahu hidup mewah, dendam juga antara motif kes pembunuhan di negara ini termasuk menggunakan pembunuh upahan. - Bernama

Unknown , Selasa, Mei 21, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog