/

Bomba minta pengguna simpan alat pemadam api

IPOH, 15 Mei 2013 - Berikutan beberapa kes kebakaran kenderaan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Perak sejak kebelakangan ini, pengguna dinasihatkan supaya menyimpan alat pemadam api dalam kenderaan masing-masing.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, Yahaya Madis berkata, setakat ini lapan kenderaan telah dilaporkan meletup atau terbakar sendiri termasuk di kawasan Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

 

Menurutnya, laporan kes letupan kenderaan diterima adalah membabitkan lori di lebuh raya Plus, berhampiran Slim River dan kes motosikal terbakar di Kampung Koh, Sitiawan.

 

"Setakat ini kami masih menyiasat dan mengenal pasti punca sebenar kebakaran itu berlaku memandangkan kebanyakan kenderaan terbabit adalah model kenderaan komersial yang membawa barangan perniagaan.

 

"Bomba masih meneruskan siasatan walaupun kes tidak membabitkan kecederaan atau kehilangan nyawa. Saya tidak menolak kemungkinan kejadian kebakaran ini adalah akibat perbuatan khianat," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai terutama pemandu kenderaan membawa barang mudah terbakar agar menyimpan alat pemadam api sebagai langkah berjaga-jaga, juga bagi membolehkan mereka mencegah kebakaran terbabit dari merebak sehingga mampu meletupkan kenderaan.

 

Dalam kejadian Isnin lalu, seorang pekerja swasta berusia 37 tahun terkejut melihat kereta majikannya tiba-tiba terbakar di hadapan rumah di Jalan Selama, Bagan Serai.

 

Kebakaran bermula pada bahagian enjin menyebabkan kereta jenis Proton Saga itu meletup dan hangus.

 

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bagan Serai.

Unknown , Rabu, Mei 15, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog