Baju dihasilkan syarikat Wool and Prince tidak perlu digosok dan dibasuh selama 100 hari, namun ia tetap kekal bersih, tidak berkedut dan tidak berbau.
NEW YORK, 30 April 2013 - Individu yang sentiasa sibuk, terutama golongan lelaki yang tidak berkesempatan membasuh atau menggosok baju sendiri dan terpaksa berbelanja besar untuk menghantar pakaian ke dobi, kini boleh berasa lega kerana sudah ada 'baju ajaib' yang memudahkan mereka.
Sebuah syarikat pakaian Amerika Syarikat (AS), Wool and Prince kini tampil menyelesaikan masalah itu apabila menghasilkan 'baju ajaib' yang tidak perlu dibasuh dan digosok selama 100 hari.
Menurut jurucakap syarikat itu, baju tersebut diperbuat daripada bulu biri-biri berkualiti dan lebih kuat berbanding benang biasa dihasilkan daripada kapas.
Jelasnya, pakaian bulu itu juga tidak menyerap bau serta mengurangkan tahap bakteria yang melekat pada kulit pengguna.
Malah katanya, pengguna tidak perlu mengosok baju berkenaan kerana bahan yang digunakan tidak akan menyebabkan baju itu berkedut dalam apa jua keadaan.
"Baju yang diperbuat daripada bulu biri-biri mampu bertahan lebih lama berbanding benang biasa.
"Ujian makmal menunjukkan fabrik bulu tidak putus, walaupun selepas ditarik lebih 20,000 kali berbanding benang biasa yang putus selepas ditarik sebanyak 3,200 kali," jelasnya.
Seorang penguji baju itu, Aaron Flack berkata, dia merenyuk baju tersebut hingga berbentuk bola dan meletakkannya di dalam beg.
"Saya membawa beg berkenaan mengelilingi bandar untuk tempoh yang lama dengan tujuan mengedutkan baju itu.
"Namun, selepas saya membuka semula baju tersebut, ia tidak berkedut dan sedia dipakai pada bila-bila masa," katanya.
Baju ajaib tersebut mula dijual kepada pelabur pada harga 63 pound (RM295). - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "