WASHINGTON, 28 Mei 2013 - Menurut laporan terbaru Akademi Pediatrik Amerika Syarikat (AS), anak-anak anggota tentera menghadapi risiko mendapat masalah emosi, sosial dan tingkah laku kerana kerap ditinggalkan ibu bapa mereka yang bertugas.
Menurut jurnal yang baru diterbitkan semalam, laporan klinikal ini bertujuan memberi kesedaran di kalangan pakar kanak-kanak berhubung keperluan kesihatan mental khusus kepada anak-anak tentera.
Laporan yang ditulis Dr Ben S. Siegal dan Dr Beth Ellen Davis yang bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa Psikososial Kanak-kanak dan Kesihatan Keluarga ini menunjukkan, kira-kira 60 peratus tentera AS mempunyai keluarga dan kira-kira 2.3 juta anggota tentera telah dikerahkan dalam perang di Afghanistan dan Iraq sejak sedekad lalu.
“Dalam tempoh 10 tahun, lebih 2 juta anak tentera menghadapi tekanan emosi kerana terpaksa brpisah dengan orang yang mereka sayang,” kata Davis dalam satu kenyataan.
Tambahnya lagi, kebanyakan kanak-kanak terpaksa menyesuaikan diri dan mengalami rasa bimbang serta takut semasa ketiadaan bapa mereka.
Kajian turut membuktikan satu daripada empat kanak-kanak anggota tentera itu mengalami gejala kemurungan, masalah tidur dan kira-kira satu daripada tiga orang mengalami perasaan kebimbangan yang berlebihan.
Kesan kesihatan mental ini akan merangkumi semua peringkat umur terutama kepada kanak-kanak dan remaja yang berumur di antara lima sehingga 17 tahun.
“Mereka akan menunjukkan perubahan emosi dan tingkah laku berbanding kanak-kanak lain,” tambah Davis.
Anggota tentera hanya dibenarkan melawat anak-anak mereka dalam tempoh 18 bulan dan perkara ini menambahkan lagi tekanan kepada anak-anak yang ditinggalkan dan juga kepada penjaga kanak-kanak sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "