RAMALLAH, 21 Mei 2013 - Pihak berkuasa Israel semalam mula menjalankan kerja penggalian berhampiran kompleks Masjid Al-Aqsa.
Rejim Zionis itu turut membatalkan lawatan pegawai Pertubuhan Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang sepatutnya memeriksa kerja pemuliharaan di Bandar Lama Baitulmaqdis.
Ketua Jabatan Wakaf Baitulmakdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, rejim Israel itu memulakan kerja penggalian di Plaza Barat dan di kawasan istana Umayyah yang selari dengan tembok selatan Masjid Al-Aqsa.
Kerja penggalian di plaza berkenaan bertujuan untuk membina apa yang dipanggil Strauss House, rancangan yang diluluskan oleh pihak berkuasa Israel pada 2010.
Bangunan empat tingkat seluas 944 meter persegi adalah tambahan kepada bangunan sedia ada yang seluas 772 meter persegi di plaza itu.
Sheikh Azzam juga berkata, rejim Israel turut memulakan kerja penggalian baru di kawasan istana Umayyah untuk membina rangkaian jambatan dan tangga besi di kawasan bersejarah itu bagi memindahkannya ke kawasan yang dinamakan kuil kedua.
Pegawai Israel berkata, rejim itu menolak kenyataan Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki yang merujuk lawatan UNESCO sebagai ‘siasatan terhadap tindakan penjajah’ di bandar raya itu.
“Kerana itu kami membatalkan lawatan berkenaan,” katanya. - AP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "