BEIJING, 4 April 2013 - Virus selesema burung, H7N9 di China, dipercayai telah bermutasi dan mampu menjangkiti haiwan lain, sekali gus meningkatkan potensi ancaman yang lebih besar kepada manusia, kata saintis, semalam.
Pengarah pusat selesema Pertubuhan Kesihatan Dunia di Hospital Penyelidikan Kanak-kanak St. Jude, di Memphis, Tennessee, Richard Webby berkata, turutan genetik H7N9 menimbulkan kebimbangan tentang potensi penyebaran wabak secara global.
Bagaimanapun, katanya, agak mustahil untuk memberikan anggaran tepat tentang perkara itu. "Pada peringkat ini, tidak mungkin virus itu menjadi pandemik,'' kata beliau.
Webby menjelaskan bahawa H7N9 mempunyai penanda genetik menunjukkan virus itu mampu menjangkiti manusia.
Katanya, jika itu berlaku, satu wabak besar boleh tersebar, lebih buruk daripada penyebaran virus-virus selesema burung sebelum ini seperti H5N1 yang pernah muncul sedekad lalu.
Buat masa ini, H7N9 di China mengakibatkan empat kematian dan sekurang-kurangnya sembilan orang telah dijangkiti virus itu.
Masih tidak jelas bagaimana mangsa boleh dijangkiti virus itu dan masih tidak ada bukti H7N9 boleh merebak dengan mudah dalam kalangan manusia.
Apa yang pasti, H7N9 boleh berjangkit menerusi ternakan ayam dan itik tanpa membuatkan haiwan itu jatuh sakit, sekali gus menyukarkan saintis mengesan kuman itu dalam ternakan. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "