Shanghai, 13 April 2013 - Usaha menghasilkan vaksin virus selesema burung H7N9 yang membunuh 10 penduduk di timur China, akan mengambil masa beberapa bulan lagi, kata pakar kesihatan Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa China mengesahkan 38 kes jangkitan berpunca daripada virus H7N9 selepas mengumumkan penemuannya hampir dua minggu lalu khususnya jangkitan terhadap manusia.
Keputusan agak lemah
Vaksin awal menyasarkan virus yang hampir sama menghasilkan keputusan agak lemah, kata dua pakar influenza Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, (CDC) dalam Jurnal Perubatan New England.
“Meskipun teknologi pembuatan terbaru menghasilkan vaksin digunakan, bermula dengan pemprosesan hingga membangunkan vaksin itu mungkin akan mengambil masa beberapa bulan,” kata Timothy Uyeki dan Nancy Cox.
Walaupun usaha dilakukan di seluruh dunia untuk membangunkan sejenis vaksin mula dibangunkan berdasarkan kes awal, ujian klinikal masih perlu dijalankan, kata artikel mereka yang disiarkan dalam laman web jurnal itu.
Kerajaan China berkata, mereka menjangka sejenis vaksin dapat disediakan dalam masa tujuh bulan, lapor media tempatan. Sementara itu, Kementerian Sains dan Teknologi China serta Kementerian Kesihatan bekerjasama dalam menghasilkan vaksin itu, lapor agensi berita Xinhua.
Edar kit kepada hospital
China sudah mempunyai teknik untuk menguji H7N9 dengan mengedarkan kit kepada hospital selain pusat pemantauan lain, kata Xinhua.
Artikel jurnal itu memuji China kerana mampu mengenal pasti virus dengan cepat selain menggesa supaya pemantauan lebih rapat dilakukan terhadap penduduk yang menghadapi masalah pernafasan dan memantau hubungan pesakit yang dijangkiti.
Pihak berkuasa China berkata, mereka tidak tahu bagaimana virus itu merebak tetapi setakat ini ia tidak berjangkit antara manusia, satu pemerhatian yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "