2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Sisha sama bahaya dengan rokok

CALIFORNIA, 23 April 2013 - Tabiat menghisap sisha boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan serius sama seperti merokok, sekali gus menolak dakwaan bahawa sisha adalah alternatif yang baik kepada perokok tegar untuk meninggalkan tabiat mereka.

 

Satu kajian oleh penyelidik di Universiti California San Francisco mendapati, penghisap sisha sebenarnya terdedah kepada bahan-bahan kimia lain yang boleh mendatangkan risiko kesihatan termasuk penyakit leukemia dan kanser paru-paru.

Jelas penyelidik, paras karbon monoksida yang boleh membawa maut dan benzena dalam sisha juga adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding rokok.

 

Pakar kimia, Peyton Jacob berkata, kebanyakan perokok tegar mencuba sisha kerana beranggapan bahan itu boleh membantu mereka mengurangkan ketagihan kepada tabiat merokok.

 

"Kami pula mendapati, menghisap sisha bukanlah satu alternatif yang baik kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk yang sama seperti merokok," katanya.

 

Menurut Jacob, kajiannya mendapati kandungan karbon monoksida yang dihasilkan dalam tempoh 24 jam selepas menghisap sisha, adalah 2.5 kali lebih tinggi berbanding menghisap rokok.

 

"Kesan menghisap sisha dan rokok pada masa yang sama boleh mengakibatkan tindak balas kimia yang lebih berbahaya dan ancaman yang lebih besar iaitu penyakit kanser dan paru-paru," jelasnya.

 

Tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa tabiat menghisap sisha selama sejam mempunyai kesan yang sama seperti menghisap 100 batang rokok. - Agensi

 

 

Unknown , Rabu, April 24, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog