2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Refleksologi boleh rawat sakit belakang

Ø  Refleksologi boleh rawat sakit belakang Refleksologi boleh digunakan bersama ubat untuk merawat keadaan seperti osteoartritis dan sakit belakang.

Ø  Terapi didapati kurangkan kesakitan hingga 40 peratus

London, 15 April 2013 - Refleksologi mungkin memberi kesan sama seperti ubat penahan sakit untuk sakit biasa seperti osteoartritis.

 

Mereka yang mendapat rawatan merasakan kurang kesakitan kira-kira 40 peratus dan berupaya menahan sakit kira-kira 45 peratus lebih lama apabila menggunakannya sebagai kaedah melegakan kesakitan.

 

Penyelidik Universiti Portsmouth berkata, ia adalah kali pertama terapi itu secara saintifiknya diuji sebagai rawatan kesakitan.

 

Antara yang memberi keterangan ialah Dr Carol Samuel, seorang pakar refleksologi terlatih yang menjalankan prosedur eksperimen sebagai sebahagian kajian ijazah doktor falsafahnya (PhD).

 

Katanya, keputusan itu menunjukkan refleksologi boleh digunakan bersama ubat untuk merawat keadaan seperti osteoartritis dan sakit belakang.

 

Peserta menghadiri dua sesi dan mereka diminta untuk merendam tangan dalam air berisi ais.

 

Dalam satu sesi, mereka diberi rawatan refleksologi sebelum merendam tangan dan dalam sesi lain diberi ubat melegakan sakit dari sebuah mesin Tens, yang sebenarnya tidak dihidupkan.

 

Penyelidik mendapati apabila peserta menerima rawatan refleksologi sebelum sesi, mereka berupaya merendam tangan dalam air berais untuk tempoh lama sebelum merasa sakit dan mereka juga dapat menahan sakit untuk tempoh lebih lama.

 

Tapak kaki

Dr Samuel berkata: 'Seperti yang kami ramalkan, refleksologi mengurangkan sensasi kesakitan.

 

Tidak mustahil refleksologi bertindak dengan cara sama seperti akupuntur dengan menyebabkan otak mengeluarkan bahan kimia yang mengurangkan isyarat sakit.’

 

Penulis kajian, Dr Ivor Ebenezer, berkata: “Kami puas hati dengan keputusan itu. Walaupun ini adalah satu kajian kecil, kami harap ia dapat menjadi asas untuk penyelidikan refleksologi pada masa depan.”

 

Refleksologi membabitkan tekanan kepada mana-mana kawasan tubuh namun secara biasa dibuat pada kedua tapak kaki.

 

Penyelidik mengkaji 15 orang untuk mengenal pasti sama ada refleksologi akan lebih berkesan berbanding tanpa pelega kesakitan sama sekali.

 

Dr Ebenezer berkata: “Terapi dan alternatif datang dengan pelbagai kritikan dan banyak tidak pernah diuji secara saintifik dengan betul.

 

Satu daripada kritikan biasa oleh masyarakat saintifik ialah terapi ini sering tidak diuji dengan keadaan terkawal. Apabila ubat baru diuji, kesannya dibandingkan dengan pil gula,”katanya. - Agensi

Unknown , Selasa, April 16, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog