Mangsa yang dibakar hidup-hidup dibiarkan menderita dan orang ramai hanya menyaksikan kejadian itu di tengah bandar Meiktila.
YANGON, 24 April 2013 - Pertubuhan hak asasi kemanusiaan, semalam, mendedahkan satu rakaman video amatur anggota polis yang memaparkan tindakan sekumpulan penduduk tempatan membakar seorang lelaki Islam semasa rusuhan etnik di bandar Meiktila, Myanmar, bulan lalu.
Dipetik MailOnline, lapor pegawai, video berkenaan membabitkan pertempuran sekumpulan lelaki dikenali sebagai Skuad 969 dengan masyarakat Islam yang menjadi punca kepada kematian 43 orang.
Satu rakaman yang didedahkan ke dalam internet menunjukkan mangsa seorang Islam berguling di sekitar jalan raya selepas keseluruhan anggota badannya dibakar oleh kumpulan perusuh.
Sementara itu, sebilangan anggota polis turut dilihat memerhati mangsa mati secara terseksa di tengah-tengah jalan raya.
"Kumpulan Skuad 969 itu memberi amaran kepada semua orang agar tidak memberi air kepada mangsa dan membiarkan mangsa mati," katanya.
Rakaman video berkenaan turut dijadikan sebagai bukti membabitkan pihak berkuasa Myanmar dan anggota Arakanese sebagai penjenayah kemanusiaan dalam kempen penghapusan etnik Rohingya.
Sejak tercetusnya keganasan menghapus etnik Rohingya di Rakhine, selatan Myanmar, sekurang-kurangnya 110 orang terbunuh serta lebih 120,000 masyarakat Islam melarikan diri ke negara jiran.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "